KEUSAHAWANAN 1

Kosmetik 

Nama

: Intan Zaharah Binti Yusof

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Intan Zaharah merupakan ahli Pi Kg.Perik sejak tahun 2014. Beliau pada awalnya membuat perniagaan secara kecil-kecilan dropship sehingga kini beliau sudah menjadi agent Produk Jamu Dik Na dan pdoduk-produk lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai produk jualannya  melalui mulut ke mulut. Tetapi agak sukar untuk orang ramai melihat produk-produk beliau dan perlu mencari ilmu untuk mempromosikan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, permintaan produknya sangat menggalakkan kerana menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Hasil daripada pembelajaran ICT di PI, Intan sudah mahir dalam posting-posting Facebook berkenaan produk beliau.   Beliau juga merasa mudah kerana banyak melakukan transaksi secara atas talian selain perlu untuk keluar ke bank-bank berdekatan yang agak mengambil masa.

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Kuah Rojak

Nama

: Siti Aishah Binti Shahanon

Umur

:  18 Tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Cik Aishah merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang berumur 18 tahun. Beliau juga merupakan seorang ahli yang aktif dan sering datang ke Pusat Internet.  Cik Aishah bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar. Beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kuah rojak yang dihasilkan sendiri. Beliau menggunakan Pusat Internet untuk mencari ilham atau resepi disamping menyertai kelas-kelas usahawan yang dianjurkan bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang perniagaanya.    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Cik Aishah tidak mempunyai idea atau resepi bagi menghasilkan kuah rojak yang sedap. Beliau hanya mempunyai minat tetapi takut untuk melaksanakannya kerana tidak cukup yakin untuk mempromosikan kuah rojaknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Cik Aishah dapat menambahkan pengetahuan berkaitan perniagaan dan cara mempromosikan produknya sama ada secara offline atau online. Beliau banyak menyertai kelas-kelas keusahawanan dan ICT. Beliau selalu datang ke pusat internet untuk mencari resepi kuah rojak dan menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat kertas iklan kuah rojak beliau. Selepas penggunaan ICT, pendapatan hasil dari kuah rojak Cik Aishah meningkat sedikit demi sedikit.    

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

 

Nama

: Muhammad Shahrul Ikhwan

Umur

:  12 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Muhammad Shahrul Ikhwan merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik sejak 2018. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perik dan baru berumur 12 tahun. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, Shahrul tidak mahir dalam penggunaan komputer serta kemudahan-kemudahan ICT yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kerap kali menggunakan dan menyertai kelas-kelas dan kemudahan ICT yang dianjurkan oleh pusat internet, Shahrul menjadi semakin mahir. Beliau sudah mahir dalam penggunaan Microsoft Word, menjawab soalan atas talian serta lain-lain manfaat yang berjaya diperolehinya. Disamping itu, beliau selalu datang menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat-maklumat berkaitan kerja sekolah bersama rakan-rakan.  

KEUSAHAWANAN 1 

Pekasam Rebung

Nama

: Roshida Binti Rajami

Umur

: 45 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn. Roshida merupakan surirumah sepenuh masa.  Beliau hanya menjual pekasam rebung ini secara kecil-kecilan kepada penduduk kampung disekitar Kampung Perik. Pn. Roshida bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar.  Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari resepi dan cara untuk memulakan perniagaan.   

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, Pn. Roshida berniaga secara offline iaitu mempromosikan produknya melalui keluarga, kawan-kawan terdekat dan jiran tetangga.  Melalui cara itu, produknya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hanya dikenali kenalan yang terdekat sahaja.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Puan Roshida dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook. Produknya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

KEUSAHAWANAN 2 

Pemasangan Tinted

Nama

: Norzalawati Binti Zulkifli

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn. Wati merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau berhasrat untuk menambahkan pendapatan keluarga disamping itu dapat membantu suaminya dari segi sumber kewangan. Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari maklumat dan cara untuk memulakan perniagaan.   

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan yang dijalankan iaitu pemasangan tinted tidak dikenali ramai dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online.  Teknik promosi yang digunakan tidak betul dan beliau juga kurang membuat iklan di dalam media sosial. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, beliau dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook..perniagaaan Pn. Wati mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Perniagaannya kini semakin dikenali ramai dan semakin mendapat sambutan. Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

: Hazlin Shafinaz Binti Mohd Idris

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Hazlin merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Perik dan berumur 11 tahun. Beliau seorang ahli yang aktif dalam melibatkan diri dengan kelas-kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik. Hazlin selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru selain menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan untuk mencari bahan-bahan maklumat tugasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Hazlin tidak mahir dan tidak mempunyai pengetahuan tentang ICT dan kegunaanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai dan banyak melibatkan diri dengan latihan-latihan ICT seperti Kelas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan perisian PosterMyWall di Pusat Internet, Hazlin lebih mahir dalam menyiapkan tugasan serta banyak menimba ilmu IT baru dimana lebih bijak untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan secara berhemah. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas diguna pakai secara efektif oleh beliau dan sekarang beliau lebih celik dalam menggunakan IT dan segala kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

 

KEUSAHAWANAN 1

Usahawan  Aiskrim Home Made

Nama

:Mohd Nazri Bin Salleh

Umur

: 29 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

En. Nazari merupakan ahli PI Kg.Perik sejak 2015. Beliau hanya bekerja sebagai penoreh getah dan berhasrat untuk menambahkan lagi pendapatan memandangkan cuaca yang tidak menentu hasil dari menoreh getah tidak mencukupi.  Beliau mendapat idea untuk menghasilkan produk sendiri dan mendapat sambutan ramai iaitu membuat ais krim.  Beliau juga aktif dalam penglibatan Pusat Internet serba sedikit membantu beliau dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai perrkhidmatannya secara offline. Tetapi tidak dikenali ramai dan permintaan tidak menggalakkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, permintaan ais krimnya sangat menggalakkan kerana menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Orang ramai mula mengenalinya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana perniagaannya mula mendapat tempahan untuk pelbagai jenis majlis seperti jamuan kelas, majlis perkahwinan, majlis perpisahan dan lain-lain. Beliau juga merasa mudah kerana banyak melakukan transaksi secara atas talian selain perlu untuk keluar ke bank-bank berdekatan yang agak mengambil masa.

 

 

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Usahawan  Roti John & Burger

Nama

:Rosliza binti Rajami

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Pn. Rosliza merupakan seorang surirumah dan baru bergiat dalam bidang perniagaan ini.  Beliau berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.  Beliau menjalankan perniagaan ini tanpa pengetahuan ICT dan menanam minat untuk meningkatkan lagi pengetahuan ICT melalui penglibatan aktiviti/kelas yang dijalankan di Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, tahap ICT dan asas perniagaan Pn. Rosliza adalah kosong. Beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi secara online dan berhasrat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang pasaran secara online.  Selain itu, beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk menarik pelanggan datang ke gerainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas Keusahawanan di Pusat Internet Kg Perik iaitu Pemasaran secara online, beliau dapat menggunakan internet dengan cara yang betul dalam kehidupan hariannya. Tambahan itu, Pn. Rosliza kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat memperkenal dan mempromosikan produknya dan dapat berkongsi kepada orang ramai lokasi kedai yang beliau jalankan.  Beliau juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga dengan cara membuat promosi secara online. Selain itu, menggunakan internet membolehkan beliau berinteraksi dengan ramai orang dan bertukar pendapat untuk memajukan perniagaannya itu.

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

: Muhammad Khairil Fitri Bin Mohd Sobri

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Muhammad Khairil Fitri seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Perik yang berumur 11 tahun. Beliau seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kg Perik dimana beliau sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Perik. Disamping itu juga, beliau turut menggunakan kemudahan internet yang terdapat di sini bagi menyiapkan kerja-kerja sekolah serta membuat rujukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Khairil mengenai komputer adalah asas dan tidak tahu menggunakan perisian dan aplikasi yang terdapat dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Khairil selalu melibatkan diri dalam aktiviti dan kelas-kelas  ICT yang dianjurkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Kg Perik seperti kelas menaip menggunakan Microsoft Word. Microsoft Word merupakan aplikasi yang kerap digunakan oleh pelajar bagi menyiapkan kerja sekolah mereka salah satunya ialah kerja kursus atau folio. Di samping itu juga Khairil juga mahir dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah Frog VLE atas talian. Kecekapan dalam menggunakan kemudahan internet di manfaatkan sepenuhnya oleh beliau.   

KEUSAHAWANAN 1

Usahawan Tudung Wanita

Nama

:Noramiza Binti Zulkifli

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Noramiza merupakan seorang surirumah dan Usahawan sepenuh masa bagi perniagaan tudung dan Baju Kurung.  Beliau berkongsi perniagaan bersama keluarganya dan menjahit sendiri di rumah.  Sebelum ini beliau hanya mengambil upah menjahit baju seperti baju kurung, kebaya dan kurung moden.  Sekarang, beliau telah menambah produk baru iaitu tudung dan shawl yang dijual secara borong. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pengetahuan tentang ICT dan asas berniaga Puan Noramiza adalah sedikit dan terhad. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperkembangkan lagi perniagaannya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.  Beliau tidak mempunyai ilmu dalam peniagaan dan asas untuk memulakan perniagaan.  Beliau juga mengambil keputusan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ini dengan cara melibatkan diri dalam Kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri dalam Kelas ICT di Pusat Internet, kini Pn. Noramiza telah memiliki facebook page dan Instagram dan dapat mempromosikan kepada orang ramai hasil produk sendiri. Hasil promosi yang dilakukan secara online amat memberangsangkan dan menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau.  Pendapatan bulanan Pn. Noramiza kini mencecah RM500 – RM1000. Setelah memahami dan mendalami dunia internet, beliau membuat kajian secara terperinci mengenai cara-cara pengiklanan yang berkesan. Beliau dapati internet adalah salah satu medium yang terbaik untuk memasarkan serta memperkenalkan produk di alam siber tanpa memerlukan modal untuk mengiklankan produk sendiri.  Selain itu, beliau juga memuatnaikkan produknya di dalam Aplikasi Dashboard iaitu MyShop.  

 

KEUSAHAWANAN 2

Kuih-Muih

Usahawan  Aiskrim Home Made

Nama

: Siti Sarah Bt Ibrahim

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Sarah merupakan seorang surirumah dan minat dalam bidang masakan. Beliau juga merupakan seorang ahli yang aktif dan sering datang ke Pusat Internet.  Puan Sarah bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar.  Beliau menjadikan minat masakannya itu sebagai satu idea untuk menambahkan lagi sumber pendapatan iaitu menjual kuih muih seperti donut, sardin roll dan bambolini yang sekarang semakin viral di media sosial seperti Facebook.  Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari resepi dan cara untuk memulakan perniagaan.   

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, Puan Sarah berniaga secara offline iaitu mempromosikan produknya melalui keluarga, kawan-kawan terdekat dan jiran tetangga.  Melalui cara itu, produknya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hanya dikenali kenalan yang terdekat sahaja.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Puan Sarah dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook. Produknya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Pendapatan beliau semakin bertambah dari RM100 mencecah ke RM500 ke atas sebulan.  Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

:Nur Auni Arifah Binti Azizan

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Auni merupakan seorang pelajar yang berumur 11 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Auni tidak tahu apa itu kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Auni sangat aktif melibatkan diri di dalam kelas – kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.  Sekarang, Auni telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu sekolah seperti folio.  Auni tidak perlu lagi menulis dan hanya menaip membuatkan folionya cantik dan kemas.  Selain itu, dia juga pernah melibatkan diri dalam kelas Publisher untuk menghasilkan Kad Hari Guru, Kad Hari Lahir dan Kad Hari Ibu.

 

 

 

 

 

 

 

KEUSAHAWANAN 1

Usahawan Perniagaan Online Kosmetik dan Penjagaan Muka Nurraysa

Nama

:Siti Fatimah Binti Zainol

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Beliau merupakan seorang surirumah dan seorang pengasuh di rumah. Minat untuk memulakan perniagaan online sebagai dropship ini adalah kerana perniagaan ini memberikan beliau kepuasan walaupun untungnya kecil. Fatimah memilih untuk menjual dan mempromosikan produk penjagaan muka dan kosmetik Nurraysa. Beliau banyak menggunakan Pusat Internet Kg Perik sebagai hub untuk dia mempromosikan produk-produk dropship beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Fatimah hanya menggunakan medium dari mulut ke mulut untuk perniagaannya kerana tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual secara atas talian. Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberansangkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Fatimah dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaan beliau  dari segi mempromosikan produk secara online. Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu Fatimah  dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Usahawan Kreatif Pasu Bunga (Tayar)

Nama

: Zulkifli bin Ibrahim

Umur

: 45 Tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

En.Zulkifli bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dan mempunyai minat dalam bidang perniagaan ini.  Beliau merupakan seorang yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan barang perhiasan rumah seperti pasu bunga yang dihasilkan daripada tayar terpakai.  Beliau berhasrat untuk menjalankan perniagaan ini lebih meluas secara atas talian dan dapat meningkatkan lagi taraf ekomoni keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, En. Zulkifli membuat iklan secara offline iaitu kepada kawan dan jiran yang berdekatan. Beliau tidak tahu cara untuk meluaskan lagi perniagaan ini supaya dikenali ramai. Beliau juga tidak tahu cara untuk membuat promosi dan menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dihasilkan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan kelas Usahawan dan ICT, pengetahuan tentang ICT semakin bertambah. Contohnya penggunaan facebook sebagai medium untuk membuat promosi.  En.Zulkifli lebih mahir menggunakan facebook dan mempelajari bagaimana untuk membuat iklan kepada pelanggan.  Selain itu, ia dapat meluaskan lagi perniagaannya dan semakin dikenali ramai.  Permintaan untuk pasu bunga tayar terpakai semakin meningkat dan sentiasa menerima tempahan.  Mempromosikan produk secara online dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarganya. 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

: Muhammad Huzairi bt Che Azmi

Umur

: 16 Tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Huzairi merupakan ahli yang aktif di Pusat Internet Kg perik. Dia selalu melibatkan diri dalam kelas ICT yang dianjurkan oleh Petugas di Pusat Internet.  Dia berminat dalam bidang masakan dan sering datang ke PI untuk mencari resepi baru di dalam internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, Huzairi tidak tahu apa itu kelebihan ICt, kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatanya dengan kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik, pengetahuan ICT Huzairi semakin bertambah dan dia memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan di PI. Kini, dia lebih mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di sekolah.  Selain itu, dia juga belajar mengedit gambar melalui Adobe Photoshop dan mampu menggunakannya.