KEUSAHAWANAN 1 

Pekasam Rebung

Nama

: Roshida Binti Rajami

Umur

: 45 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn. Roshida merupakan surirumah sepenuh masa.  Beliau hanya menjual pekasam rebung ini secara kecil-kecilan kepada penduduk kampung disekitar Kampung Perik. Pn. Roshida bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar.  Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari resepi dan cara untuk memulakan perniagaan.   

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, Pn. Roshida berniaga secara offline iaitu mempromosikan produknya melalui keluarga, kawan-kawan terdekat dan jiran tetangga.  Melalui cara itu, produknya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hanya dikenali kenalan yang terdekat sahaja.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Puan Roshida dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook. Produknya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

KEUSAHAWANAN 2 

Pemasangan Tinted

Nama

: Norzalawati Binti Zulkifli

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn. Wati merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau berhasrat untuk menambahkan pendapatan keluarga disamping itu dapat membantu suaminya dari segi sumber kewangan. Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari maklumat dan cara untuk memulakan perniagaan.   

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan yang dijalankan iaitu pemasangan tinted tidak dikenali ramai dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online.  Teknik promosi yang digunakan tidak betul dan beliau juga kurang membuat iklan di dalam media sosial. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, beliau dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook..perniagaaan Pn. Wati mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Perniagaannya kini semakin dikenali ramai dan semakin mendapat sambutan. Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

: Hazlin Shafinaz Binti Mohd Idris

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Hazlin merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Perik dan berumur 11 tahun. Beliau seorang ahli yang aktif dalam melibatkan diri dengan kelas-kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik. Hazlin selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru selain menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan untuk mencari bahan-bahan maklumat tugasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Hazlin tidak mahir dan tidak mempunyai pengetahuan tentang ICT dan kegunaanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai dan banyak melibatkan diri dengan latihan-latihan ICT seperti Kelas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan perisian PosterMyWall di Pusat Internet, Hazlin lebih mahir dalam menyiapkan tugasan serta banyak menimba ilmu IT baru dimana lebih bijak untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan secara berhemah. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas diguna pakai secara efektif oleh beliau dan sekarang beliau lebih celik dalam menggunakan IT dan segala kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.