Kemudahan Asas yang terdapat di Kampung Perik ialah Masjid. Masjid Kampung Perik menjadi tempat warga desa melakukan ibadat seperti Solat Jumaat dan aktiviti Keagamaan. Terdapat sebuah perhentian bas yang dibina di hadapan NADI Kg Perik untuk kegunaan penduduk yang ingin menaiki bas ke Pekan Kuala Nerang atau Jitra. 

Selain itu, terdapat juga sebuah telefon awam yang ditempatkan di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan Perik bagi kegunaan penduduk terutama ketika kecemasan.