KEUSAHAWANAN 1

Usahawan  Aiskrim Home Made

Nama

:Mohd Nazri Bin Salleh

Umur

: 29 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

En. Nazari merupakan ahli PI Kg.Perik sejak 2015. Beliau hanya bekerja sebagai penoreh getah dan berhasrat untuk menambahkan lagi pendapatan memandangkan cuaca yang tidak menentu hasil dari menoreh getah tidak mencukupi.  Beliau mendapat idea untuk menghasilkan produk sendiri dan mendapat sambutan ramai iaitu membuat ais krim.  Beliau juga aktif dalam penglibatan Pusat Internet serba sedikit membantu beliau dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai perrkhidmatannya secara offline. Tetapi tidak dikenali ramai dan permintaan tidak menggalakkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, permintaan ais krimnya sangat menggalakkan kerana menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Orang ramai mula mengenalinya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana perniagaannya mula mendapat tempahan untuk pelbagai jenis majlis seperti jamuan kelas, majlis perkahwinan, majlis perpisahan dan lain-lain. Beliau juga merasa mudah kerana banyak melakukan transaksi secara atas talian selain perlu untuk keluar ke bank-bank berdekatan yang agak mengambil masa.

 

 

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Usahawan  Roti John & Burger

Nama

:Rosliza binti Rajami

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Pn. Rosliza merupakan seorang surirumah dan baru bergiat dalam bidang perniagaan ini.  Beliau berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.  Beliau menjalankan perniagaan ini tanpa pengetahuan ICT dan menanam minat untuk meningkatkan lagi pengetahuan ICT melalui penglibatan aktiviti/kelas yang dijalankan di Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, tahap ICT dan asas perniagaan Pn. Rosliza adalah kosong. Beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi secara online dan berhasrat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang pasaran secara online.  Selain itu, beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk menarik pelanggan datang ke gerainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas Keusahawanan di Pusat Internet Kg Perik iaitu Pemasaran secara online, beliau dapat menggunakan internet dengan cara yang betul dalam kehidupan hariannya. Tambahan itu, Pn. Rosliza kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat memperkenal dan mempromosikan produknya dan dapat berkongsi kepada orang ramai lokasi kedai yang beliau jalankan.  Beliau juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga dengan cara membuat promosi secara online. Selain itu, menggunakan internet membolehkan beliau berinteraksi dengan ramai orang dan bertukar pendapat untuk memajukan perniagaannya itu.

 

 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

: Muhammad Khairil Fitri Bin Mohd Sobri

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Muhammad Khairil Fitri seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Perik yang berumur 11 tahun. Beliau seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kg Perik dimana beliau sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Perik. Disamping itu juga, beliau turut menggunakan kemudahan internet yang terdapat di sini bagi menyiapkan kerja-kerja sekolah serta membuat rujukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Khairil mengenai komputer adalah asas dan tidak tahu menggunakan perisian dan aplikasi yang terdapat dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Khairil selalu melibatkan diri dalam aktiviti dan kelas-kelas  ICT yang dianjurkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Kg Perik seperti kelas menaip menggunakan Microsoft Word. Microsoft Word merupakan aplikasi yang kerap digunakan oleh pelajar bagi menyiapkan kerja sekolah mereka salah satunya ialah kerja kursus atau folio. Di samping itu juga Khairil juga mahir dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah Frog VLE atas talian. Kecekapan dalam menggunakan kemudahan internet di manfaatkan sepenuhnya oleh beliau.