KEUSAHAWANAN 

Usahawan Makanan Kering (Kuih Batang Buruk)

Nama

: Nor Muhammad Bin Jamaludin

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Nor Muhammad telah memulakan perniagaan beliau sejak tahun 2014. Dalam umur yang begitu muda beliau sangat komited dalam memajukan perniagaan sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

-Produk Kuih batang buruk tidak dikenali ramai.

-Kurang dipromosi menggunakan media sosial

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

-Produk kuih batang buruk mendapat pasaran di luar dari negeri Kedah (lebih meluas)

-dikenali kerana keunikan nama kuih batang buruk teruna.

-lebih mengetahui cara menggunakan media sosial untuk mempromosi produk.

Usahawan Makanan Kering (Kerepek Labu & Pisang)

Nama

: Siti Darielia Nadirah Bt Ahmad Supri

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Darielia Nadirah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kemudian beliau memulakan bermacam perniagaan kecil kecilan secara online.Puan Darielia bersama suami juga mempunyai sebuah kebun sayur yang ditanam secara berperingkat. Sayur-sayuran dijual kepada pemborong. Namun ketika itu, harga sayur-sayuran tidak begitu menguntungkan dan dari situ tercetusnya idea puan darielia untuk menghasilkan kerepek daripada buah labu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaan kerepek labu tidak begitu mendapat sambutan kerana ramai yang tidak tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermulanya Puan Darielia bersama pi1m adalah ketika beliau ingin membuat tag nama untuk kerepek labunya dan dari situ Pi1m membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai perniagaan secara online mengenai cara pasaran, promosi, strategi dan sebagainya. Perniagaan kerepek labu puan darieriela mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari serata Malaysia.

CELIK IT

Nama

: Hazzim Firdaus Bin Muhamad Idris

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Hazzim merupakan seorang pelajar yang berumur 11 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet 1Malaysia untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Hazzim tidak tahu apa itu kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hazzim sangat aktif melibatkan diri di dalam kelas – kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.  Sekarang, Hazzim telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikah oleh cikgu sekolah seperti folio.  Hazzim tidak perlu lagi menulis dan hanya menaip membuatkan folionya cantik dan kemas.  Selain itu, dia juga pernah melibatkan diri dalam kelas Publisher untuk menghasilkan Kad Hari Guru, Kad Hari Lahir dan Kad Hari Ibu.

Nama

: Ardini Syamila Binti Sanudin

Umur

: 12 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Syamila merupakan seorang pelajar yang berumur 12 tahun bersekolah di SK Perik. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Perik. Beliau sering melibatkan diri dalam kelas-kelas yang diadakan dan membuat kerja sekolah di Pi1m Kg.Perik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, Syamila tidak tahu penggunaan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer . Dia juga tidak tahu menggunakan Microsoft word untuk membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan diri dalam kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Internet 1Malaysia Kg Perik seperti Kelas Microsoft Word, Syamila telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.  Selain itu, Syamila juga mula menunjuk minat dan sering ke Pusat Internet untuk menyertai kelas ICT seperti Microsoft Power Point dan Movie Maker.