1. 1) Apakah peranan PusatSebara Maklumat Nasional  (NADI)?

     Peranan NADI  adalah sebagai Pusat Sehenti untuk; 

     -   menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat       

         iputan jalur lebar.

     -   masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam 

         program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan

         penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan

     -   meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan

         memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin

     -   membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan

         lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya

     Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu

     ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta

     Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI  supaya masyarakat di luar bandar dan

     kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan

     mereka melalui aktiviti ekonomi

2) Berapakah jumlah NADI  yang ada di seluruh negara ketika ini?

     - Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti

       ekonomi digital luar Setiap NADI  dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital

       serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti

       setempat. NADI  juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari

       pihak agensi kerajaan lain dan swasta.

     - 37 NADI  baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022

     - Sementara sebanyak 173 NADI akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1

      NADI  ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022.

    - Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADI  beroperasi di seluruh negara

3) Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI ?

    Menerusi transformasi NADI  ini terdapat lima (5) inisiatif

    transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

  1.       a. Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi 
  2.           usahawan mikro,

      b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap NADI  bagi                              menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan                          masyarakat setempat;

  1.       c. Ketiganya, setiap NADI  akan mempunyai IKON Usahawan NADI dari kalangan usahawan setempat yang                   telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;

      d. Keempatnya, 600 Rakan Digital NADI  akan dilantik di 600 NADI terpilih bagi turut membantu                                    memberi  matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro NADI ;dan

       e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha                                           sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro                           tempatan di NADI bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

 

4) Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI ?

  •      Setiap NADI  menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
        -  latihan ICT,
        -  latihan keusahawanan,
        -  latihan multimedia,

        -  e-pembelajaran,

        - latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting                                        bagi  usahawan mikro; dan

        - program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi                     dan memperkasakan modal insan
  •       Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian          yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan        Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta
 

5) Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADI  dapat dicapai dengan efektif?

  •      - Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI  sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan                         komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI  diwujudkan di semua
  •       NADI  di seluruh Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang                           kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan
  •        diri dalam aktiviti berkaitan NADI  serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya
  •        perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.

     - Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/NADI  adalah membantu dalam memastikan NADI mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan               ekonomi berkaitan NADI . Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang               dijalankan di NADI bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat                         setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani             masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam                     pelaksanaan aktiviti dan program di NADI , serta membantu dalam penyaluran maklumat- maklumat yang tepat             berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADI  kepada kumpulan sasar dan                 masyarakat. 

6) Apakah peranan Rakan Digital NADI?

     - Seramai 600 Rakan Digital NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang                     dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADI tersebut                     yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus. 

     - Rakan Digital NADIakan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta               akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut                           untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan. 

 7) Apakah peranan Ikon Usahawan NADI?
     -  Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan NADI iaitu usahawan                    kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan                          semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
     -  Sebagai contoh Puan Normala di NADI Durian Tawara, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat                              setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk usahawan lain berinteraksi untuk mendalami                                pendekatan yang boleh memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri. 
  8) Apakah usaha yang akan diambil oleh NADI untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar?

    -  NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh                                 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi                                   Kerajaan dan swasta.

    -  Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara           dalam talian melalui platform e- dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi                           penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.
    -  Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih kepada pendigitalan menjelang tahun         2005
    -  Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana               keuntungan, mengekalkan perniagaan serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada                     Keluarga Malaysia
  9) Apakah usaha ini dipantau?
    -  Kesemua aktiviti akan dipantau Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang                 telah menjalani bimbingan dan Latihan di NADI.
    -  Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding           dengan pendapatan sebelum memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan
    -  Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat                     bertindak tangkas bersama agensi

    -  kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih mantap dan sesuai bagi usahawan             mikro.

 

Disediakan oleh:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)