KEUSAHAWANAN 1
Usahawan Perniagaan Online Kosmetik dan Penjagaan Muka Nurraysa
Nama |
:Siti Fatimah Binti Zainol |
Umur |
: 26 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang surirumah dan seorang pengasuh di rumah. Minat untuk memulakan perniagaan online sebagai dropship ini adalah kerana perniagaan ini memberikan beliau kepuasan walaupun untungnya kecil. Fatimah memilih untuk menjual dan mempromosikan produk penjagaan muka dan kosmetik Nurraysa. Beliau banyak menggunakan Pusat Internet Kg Perik sebagai hub untuk dia mempromosikan produk-produk dropship beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Fatimah hanya menggunakan medium dari mulut ke mulut untuk perniagaannya kerana tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual secara atas talian. Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberansangkan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Fatimah dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaan beliau dari segi mempromosikan produk secara online. Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu Fatimah dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.
KEUSAHAWANAN 2
Usahawan Kreatif Pasu Bunga (Tayar)
Nama |
: Zulkifli bin Ibrahim |
Umur |
: 45 Tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
En.Zulkifli bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dan mempunyai minat dalam bidang perniagaan ini. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan barang perhiasan rumah seperti pasu bunga yang dihasilkan daripada tayar terpakai. Beliau berhasrat untuk menjalankan perniagaan ini lebih meluas secara atas talian dan dapat meningkatkan lagi taraf ekomoni keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, En. Zulkifli membuat iklan secara offline iaitu kepada kawan dan jiran yang berdekatan. Beliau tidak tahu cara untuk meluaskan lagi perniagaan ini supaya dikenali ramai. Beliau juga tidak tahu cara untuk membuat promosi dan menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dihasilkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan kelas Usahawan dan ICT, pengetahuan tentang ICT semakin bertambah. Contohnya penggunaan facebook sebagai medium untuk membuat promosi. En.Zulkifli lebih mahir menggunakan facebook dan mempelajari bagaimana untuk membuat iklan kepada pelanggan. Selain itu, ia dapat meluaskan lagi perniagaannya dan semakin dikenali ramai. Permintaan untuk pasu bunga tayar terpakai semakin meningkat dan sentiasa menerima tempahan. Mempromosikan produk secara online dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarganya.
KISAH KEJAYAAN CELIK IT
Nama |
: Muhammad Huzairi bt Che Azmi |
Umur |
: 16 Tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Huzairi merupakan ahli yang aktif di Pusat Internet Kg perik. Dia selalu melibatkan diri dalam kelas ICT yang dianjurkan oleh Petugas di Pusat Internet. Dia berminat dalam bidang masakan dan sering datang ke PI untuk mencari resepi baru di dalam internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, Huzairi tidak tahu apa itu kelebihan ICt, kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatanya dengan kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik, pengetahuan ICT Huzairi semakin bertambah dan dia memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan di PI. Kini, dia lebih mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di sekolah. Selain itu, dia juga belajar mengedit gambar melalui Adobe Photoshop dan mampu menggunakannya.