Terdapat pelbagai jenis makanan yang masih menjadi pilihan di Kampung Perik dan kampung-kampung sekitar daerah Padang Terap. Antaranya ialah:

1) Tapai

         Tapai juga menjadi kegemaran warga Kampung Perik dan disukai ramai orang. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, bera pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.

2) Gulai Daging Batang Pisang

           Menu ini menjadi kegemaran di seluruh kampung-kampung di Malaysia terutamanya Kampung Perik.  Menu ini merupakan menu utama pada majlis perkahwinan. Ini adalah kerana batang pisang adalah antara bahan utama yang mudah didapati di kawasan sekitar kampung.  Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Gulai Daging Batang Pisang ini menjadikan rasanya sangat enak dan unik. Putik pisang (pisang yang masih putik/muda) atau jantung pisang juga boleh digunakan bagi menggantikan batang pisang untuk dicampur ke dalam Gulai Daging ini.

3) Laksa

               Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat.  Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Juga pastikan kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini. Di utara, juadah ini adalah paling popular pada setiap kali rumah terbuka Hari Raya.