Di Kampung Perik terdapat KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM DAN MISKIN BAITUL EHSAN, Tabika Kemas dan Sekolah Kebangsaan Perik.  Tabika Kemas terletak berhampiran dengan dengan masjid dan perpustakaan desa.  Sekolah Kebangsaan Perik terletak kira-kira 500 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Perik.

SEKOLAH KEBANGSAAN PERIK

PROFILE AM: 
Nama Sekolah : SK PERIK
Alamat : KM 16 Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
PPD : PPD PADANG TERAP
Status : Beroperasi
No Telefon : 047410240
No Fax : 047170178
Sesi : Pagi Sahaja
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Jenis Asrama

: Tiada Asrama

KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM DAN MISKIN BAITUL EHSAN

   Kompleks Asrama Anak Yatim dan Miskin Baitul Ehsan ini terletak di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap di Negeri Kedah Darul Aman. Lokasi rumah anak yatim ini hanya 20 minit dari rumah saya tetapi inilah kali pertama saya menjejak kaki ke sana.

   Terdapat seramai 20 orang anak yatim dan miskin di sini yang berasal dari Dearah Padang Terap. Kos pentadbiran rumah anak yatim ini ditanggung oleh Pejabat Daerah Padang Terap. Walau bagaimanapun, lain-lain perbelanjaan masih bergantung kpada sumbangan orang ramai.

UNICLIQ

Merupakan salah satu laman sesawang yang menyediakan sistem pembelajaran secara online.
Boleh layari www.unicliq.com
 
NL