AMD RESORT & CAMP PERIK

f9028- mg 1970-copy 

   AMD RESORT & CAMP PERIK terletak di Kg Perik, Kuala Nerang, Kedah, lebih kurang 500 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Perik, Kuala Nerang. Pelbagai jenis program boleh diadakan di sini seperti program berkaitan motivasi, kepimpinan, survival dan khemah ibadah, leadership, team building, outdoor activities dan lain-lain.  Selain itu, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan aktiviti, dewan makan/minum, surau, padang, penginapan jurulatih dan fasilitator. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no. tel yang terdapat  di dalam gambar diatas.

KEM DUSUN RESORT (PLKN) KUALA NERANG    

          KEM-DUSUN

   DUSUN RESORT terletak di Kuala Nerang, kedah, lebih kurang 20 km dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Perik, Kuala Nerang. Pelbagai jenis program boleh diadakan di sini seperti program berkaitan motivasi, kepimpinan, survival dan khemah ibadah di Dusun Resort ni. Dusun Resort ini wujud sejak tahun 2002 lagi dengan membawa konsep percutian dan aktiviti outdoor. Suasananya seperti kampung dikelilingi dengan dusun buah-buahan, hutan dan bukit bukau. Tempat ni memang penuh kehijauan, kesunyian dan keredupan. Banyak kemudahan terdapat di sini, ada pelbagai kemudahan outdoor, dewan aktiviti, kantin, kolam renang, surau, asrama, tapak perkhemahan dan chalet yang serendah RM 70 semalam. Kem PLKN juga terdapat disini dan merupakan salah satu tempat tarikan untuk melakukan aktiviti riadah.

AIR TERJUN PUNCAK JANING, KUALA NERANG KEDAH

   Air Terjun Puncak Janing berada dalam Daerah Padang Terap dan berada 25 km dari Bandar Alor Star. Ia terlatak tidak jauh dari Pekan Kuala Nerang dan disusuri oleh jalanraya untuk ke destinasi. Dengan tarikan air terjun dari atas bukit, Puncak Janing merupakan tempat yang ideal untuk aktiviti perkelahan.Sungai Janing sepanjang 1.5 km dihiasi batu-batuan semulajadi yang besar dan cantik telah mencetuskan sebuah panorama yang unik dan menjanjikan suasana yang menyegarkan. Kawasan perkelahan ini terletak lebih kurang 8KM dari Kampung Perik dan mengambil masa dalam 15 minit.

RIMBA REKREASI BUKIT WANG, KEDAH

   Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya.Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok “Permatang Seraya” yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi.Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk ‘jungle tracking’, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

SERI MAHAWANGSA HOUSEBOAT PEDU LAKE

IMG 6697

   Seri Mahawangsa Houseboat Pedu Lake diasaskan oleh Encik Amir Bin Haji Wahab. Ianya, merupakan tempat penginapan yang diwujudkan di sekitar Padang Terap ini dengan bercirikan rumah yang didirikan di tengah tasik dan boleh menampung kapasiti sehingga 15 orang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudajan seperti elektrik (generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai. Tujuan beliau membina rumah bot ini adalah perasaan cinta beliau akan alam sekitar di kawasan tersebut dan ini berkongsi bersama orang ramai. Tambah beliau, para pelancong boleh menginap di rumah bot ini dengan pelbagai pakej yang disediakan dengan harga serendah RM 450 bagi dua hari satu malam. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini selain dari menghayati keindahan alam antaranya ialah aktitivi memancing dan juga dapat merasai sendiri dengan merendamkan kaki dalam air Tasik Pedu tersebut sambil rumah bot bergerak. Di samping itu, konsep Seri Mahawangsa Houseboat yang dibawa olehnya adalah merupakan konsep kekeluargaan dimana ahli keluarga boleh berkumpul bersama-sama dengan menikmati keindahan alam.