KEUSAHAWANAN 1

Usahawan Make Up & Henna 

Nama

:Siti Norbaya Binti Abd Aziz

Umur

: 37 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Beliau merupakan seorang penjawat awam yang sangat meminati bidang kecantikkan iaitu solekan pengantin dan melukis inai. Kerja sampingan ini merupakan salah satu hobi beliau dan untuk menambahkan lagi pendapatan keluarga.  Pada awalnya, servis ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan, tetapi diatas permintaan ramai, Norbaya mula aktif dalam bidang ini dan semakin dikenali ramai.  Selain itu, dia juga berbakat dalam melukis inai. Norbaya sentiasa ke Pusat Internet Kg Perik untuk urusan kerja dan mempromosi servis yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet Kg Perik, tahap ICT dan asas berniaga beliau adalah kosong. Tujuan beliau datang ke Pusat Internet Kg Perik untuk mempelajari cara mempromosi perniagaan yang beliau jalankan. Selain itu, Norbaya ke sini juga untuk menambahkan lagi kemahiran beliau dalam bidang solekan dan melukis inai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, selepas penglibatan Norbaya dengan Pusat Internet Kg.Perik, beliau menjadikan internet sebagai platform untuk memasarkan mengenai perkhidmatannya. Sekarang,beliau banyak menggunakan internet untuk memajukan lagi perniagaan ini.  Dengan cara ini, permintaan pelanggan semakin meningkat dan mereka percaya atas hasil kerja beliau. Norbaya sering mengunakan Facebook dan Instagram untuk mengiklankan mengenai perniagaannya

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Usahawan Bahulu Kg Perik

Nama

: Maheran Binti Zulkifli

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Maheran merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau menjual kuih bahulu bersama suaminya  dan perniagaan ini adalah sumber pendapatan keluarga beliau. Pada mulanya, perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan, tetapi diatas permintaan ramai Maheran mula menghantar bahulu ke kedai runcit yang berdekatan.  Beliau juga aktif dengan penglibatan di Pusat Internet Kg Perik secara tidak langsung membantu perniagaan kuih bahulu beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak menggunakan internet sebagai platform perniagaannya dan tidak tahu bagaimana untuk mempromosi secara online. Ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau dan keuntungan juga tidak memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, beliau dapat meluaskan lagi perniagaan dengan pemasaran secara online dan mempelajari teknik untuk menarik pelanggan. Dahulu beliau hanya mempromosi melalui mulut ke mulut tetapi sekarang setelah mempromosi secara online perniagaan bertambah maju dan permintaan semakin meningkat.

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

:Muhammad Zafrul Adam Bin Hamimi Iskandar

Umur

: 9 Tahun 

Ahli

: 2014

Latar belakang

Zafrul merupakan seorang pelajar yang berumur 9 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet  Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet Kg Perik untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Zafrul mengenai komputer hanya asas dan tidak tahu menggunakan komputer dan aplikasi dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Zafrul sangat aktif ddalam melibatkan diri di dalam kelas-kelas ICT yang terdapat di Pusat Internet Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan sering menggunakannya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.  Zafrul tidak perlu menulis tetapi dia hanya menaip untuk membuat kerja sekolah seperti folio Sejarah dengan kemas. 

KEUSAHAWANAN 1

Usahawan Produk Kecantikan Mary Kay

Nama

: Awatif Binti Ismail

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan Diploma Perakaunan dan juga pernah bekerja di syarikat Era Edar sebagai eksekutif kewangan tetapi telah berhenti kerana ingin fokus untuk meningkatkan ekonomi dengan membuat perniagaan sendiri. Justeru, beliau berjaya untuk mendapatkan sijil kemahiran menjahit dan menjadi pereka fesyen pakaian muslimah. Disamping itu, beliau juga telah diperkenalkan dengan produk kecantikan Mary Kay dengan menghadiri kelas keusahwanan di Pusat Internet Kg.Perik dan menjadi kosultan produk kecantikan tersebut serta meningkatkan pendapatann dan ekonominya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

-Beliau jarang memanfaatkan penggunaan internet kerana tidak tahu cara untuk memasarkan dan mengiklan produk.

-Orang tidak ramai tahu mengenai perkhidmatan Awatif sebagai pereka fesyen pakaian dan ini menyukarkan beliau untuk meluaskan rangkaian perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

- Beliau menjadikan platform internet sebagai medium memasarkan produk dan pengiklanan mengenai perkhidmatannya.

 

KEUSAHAWANAN 2

Usahawan Perniagaan Besi

Nama

:Mohd Hafiz Bin Rasini

Umur

: 29 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

En. Hafiz merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik sejak 2014. Beliau pada awalnya membuat perniagaan secara kecil-kecilan sehingga kini beliau mempunyai sebuah bengkel besi sendiri dan mengusahakan bersama kawan—kawan dan ahli keluarga. Beliau juga aktif dalam penglibatan PI serba sedikit membantu beliau dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai perrkhidmatannya melalui mulut ke mulut. Tetapi agak sukar untuk orang ramai melihat hasil kerja beliau dan perlu mencari kedai. Justeru, permintaan tidak menggalakkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, permintaan perkhidmatannya sangat menggalakkan kerana menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Orang ramai dapat melihat hasil kerjanya hanya melalui facebook dan mudah untuk mencari lokasi bengkelnya. Beliau juga merasa mudah kerana banyak melakukan transaksi secara atas talian selain perlu untuk keluar ke bank-bank berdekatan yang agak mengambil masa.

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT 

Nama

: Sareh Haqeemy bin Sareh Rusli

Umur

: 13 Tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Sarehh Haqeemy merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK Kuala Nerang. Beliau adalah pengunjung yang setia di PI Kg.Perik sejak dari penubuhan PI disini. Selama 4 tahun penubuhan PI ini, beliau telah mempelajari pelbagai pelajaran mengenai ICT. Sehingga kini beliau mempunyaii kemahiran mmenggunakan Adobe Photoshop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Sarehh mengenai computer hanya asas dan tidkk tahu menggunakan komputer dan aplikasi dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, Sareh lebih mahir dalam menggunakann komputer dalam menyelesaikan kerja sekolah, projek sekolah mahupun minat mengenai pelajaran ICT dan beliau mampu untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk menyunting gambar.

 

 

 

 

KEUSAHAWANAN 

Usahawan Makanan Kering (Kuih Batang Buruk)

Nama

: Nor Muhammad Bin Jamaludin

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Nor Muhammad telah memulakan perniagaan beliau sejak tahun 2014. Dalam umur yang begitu muda beliau sangat komited dalam memajukan perniagaan sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

-Produk Kuih batang buruk tidak dikenali ramai.

-Kurang dipromosi menggunakan media sosial

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

-Produk kuih batang buruk mendapat pasaran di luar dari negeri Kedah (lebih meluas)

-dikenali kerana keunikan nama kuih batang buruk teruna.

-lebih mengetahui cara menggunakan media sosial untuk mempromosi produk.

Usahawan Makanan Kering (Kerepek Labu & Pisang)

Nama

: Siti Darielia Nadirah Bt Ahmad Supri

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Darielia Nadirah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kemudian beliau memulakan bermacam perniagaan kecil kecilan secara online.Puan Darielia bersama suami juga mempunyai sebuah kebun sayur yang ditanam secara berperingkat. Sayur-sayuran dijual kepada pemborong. Namun ketika itu, harga sayur-sayuran tidak begitu menguntungkan dan dari situ tercetusnya idea puan darielia untuk menghasilkan kerepek daripada buah labu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaan kerepek labu tidak begitu mendapat sambutan kerana ramai yang tidak tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermulanya Puan Darielia bersama pi1m adalah ketika beliau ingin membuat tag nama untuk kerepek labunya dan dari situ Pi1m membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai perniagaan secara online mengenai cara pasaran, promosi, strategi dan sebagainya. Perniagaan kerepek labu puan darieriela mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari serata Malaysia.

CELIK IT

Nama

: Hazzim Firdaus Bin Muhamad Idris

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Hazzim merupakan seorang pelajar yang berumur 11 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet 1Malaysia untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Hazzim tidak tahu apa itu kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hazzim sangat aktif melibatkan diri di dalam kelas – kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.  Sekarang, Hazzim telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikah oleh cikgu sekolah seperti folio.  Hazzim tidak perlu lagi menulis dan hanya menaip membuatkan folionya cantik dan kemas.  Selain itu, dia juga pernah melibatkan diri dalam kelas Publisher untuk menghasilkan Kad Hari Guru, Kad Hari Lahir dan Kad Hari Ibu.

Nama

: Ardini Syamila Binti Sanudin

Umur

: 12 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Syamila merupakan seorang pelajar yang berumur 12 tahun bersekolah di SK Perik. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Perik. Beliau sering melibatkan diri dalam kelas-kelas yang diadakan dan membuat kerja sekolah di Pi1m Kg.Perik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, Syamila tidak tahu penggunaan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer . Dia juga tidak tahu menggunakan Microsoft word untuk membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan diri dalam kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Internet 1Malaysia Kg Perik seperti Kelas Microsoft Word, Syamila telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.  Selain itu, Syamila juga mula menunjuk minat dan sering ke Pusat Internet untuk menyertai kelas ICT seperti Microsoft Power Point dan Movie Maker.