WhatsApp Image 2018 09 03 at 14.23.16

NADI Kampung Perik merupakan Fasa 5 (CBL Enhancement) yang telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mula beroperasi pada 2 Oktober 2014.Kod tapak yang diberikan adalah K06C004 dan berkodinat N : 100.533253, T: 6.313561. Terdapat dua orang pertugas yang telah di amanahkan untuk menjalankan kerja-kerja di NADI  iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus.

NADI  Kg Perik  telah dirasmikan pada 28 April 2015 oleh Yg. Berbahagia Dato’ Haji Badrol Hisham Bin hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.

Sejarah Kg Perik bermula pada abad ke-18 apabila penduduk yang berhampiran seperti penduduk Kampung Padang Panjang Mukim Malau, Jitra bersama dengan saudara mereka daripada Petani (Thailand) mula datang untuk membuka tanah (memugar). Tokoh yang terkenal daripada Petani seperti Haji Long dan Haji Salleh. Kumpulan Haji Salleh dan anaknya Lebai Saman berkumpul dan membina pondok (dangau) di Kampung Datok di seberang sungai berhampiran kubur Kg Perik. Kumpulan Haji Long pula membuka tanah di Belukar Mulong.

Menurut Pengerusi JKKK Kg Perik, beliau berkata mereka berusaha dengan menanam padi huma, pokok buah-buahan dan mencari hasil hutan serta ikan sungai sebagai sumber makanan mereka. Usaha mereka selalu diganggu oleh penceroboh siam perut hijau. Kehidupan mereka semakin perik apabila sekitar tahun 1920 mereka diserang penyakit, disebut demam baik. Menurutnya juga, terdapat dua hingga tiga orang yang meninggal dunia dalam tempoh satu hari.

Penduduk Perik banyak yang sudah berpindah balik dan meninggalkan segala usaha mereka. Oleh kerana berbagai peristiwa susah payah kedatangan mereka seperti melalui denai gajah, lorong laluan kayu balak, susah untuk mendapat sumber makanan, diganggu oleh orang siam, serangan berbagai penyakit, dan perik segala-galanya. Maka dari situlah timbulnya Kg Perik yang menjadi sebutan daripada dahulu sehingga ke hari ini.

Sumber: Encik Shaari Bin Samad

(Keturunan Haji Salleh yang masih ada)