1) Madu Kelulut -  warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Di Kampung Perik terdapat beberapa orang usahawan yang menjual madu kelulut. Usahawan tersebut ialah :

Nama : Nur Faizah Bt Berderuesham

Produk : Madu kelulut

Harga :

Kecil : RM 30

Sederhana Kecil : RM 50

Besar : RM 60

2) Kerepek Pisang - Terdapat dua jenis kerepek pisang yang dihasilkan iaitu kerepek pisang pedas dan kerepek pisang biasa.  Kerepek pisang yang rapuh dan sedap dapat menarik minat pembeli untuk membeli kerana harga yang berpatutan. 

Nama : Nur Faizah Bt Berderuesham

Produk : Kerepek Pisang

Harga : RM 2.00

 

3) Meja Pallet - Meja pallet dihasilkan oleh pemuda Kampung Perik yang sangat kemas, cantik dan menarik. Ramai pengusaha restoran mahupun kedai membuat tempahan meja ini dan diletakkan di restoran mereka. 

Nama : Mohd Hafiz bin Rasini

Produk : Meja Pallet

Harga : RM 100+++ mengikut jenis meja yang ditempah

4)Kuih Batang Buruk - yang diusahakan oleh usahawan muda kampung perik yang semakin meningkat perniagaannya.  Perniagaannya semakin maju dan permintaan semakin meningkat.

Nama : Nor Muhammad bin Jamaludin

Produk : Kuih Batang Buruk

Harga : 

Pek Kecil : RM2.00 

Pek Besar : RM5.00

5) Bekas Abu Rokok (3 IN 1) - Yang diusahakan oleh En. Zulkifli bin Ibrahim, seorang yang kreatif dalam menghasilkan kraf tangan.  Ia mempunyai 3 bahagian iaitu, tempat rokok, pemetik api dan bekas abu serta puting rokok.

Nama : ZUlkifli Bin Ibrahim

Produk : Bekas Abu Rokok (3 IN 1)

Harga : RM35.00 

5) Kuih Bahulu - Yang diusahakan oleh Pn. Siti Aishah, seorang surirumah yang menghasilkan kuih bahulu sendiri dan menghantar ke kedai- kedai runcit di Kg Perik.

Nama : Siti Aishah Binti Jamaludin

Produk : Kuih bahulu CT

Harga : RM2.00

6) Kerepek labu - Diusahakan oleh Pn. Darielia, seorang surirumah yang menghasilkan kerepek menggunakan labu. Terdapat 3 jenis perisa iaitu original, spicy dan cheese.  Produk ini telah mendapat permintaan ramai atas usaha beliau mempromosikan produk beliau di dalam internet.

Nama : Siti Darielia Nadirah Bt Ahmad Supri

Produk : Kerepek Labu

Harga

Original : RM7.00

Spicy : RM 8.00

Cheese : RM 8.00