KEUSAHAWANAN 1

Kosmetik 

Nama

: Intan Zaharah Binti Yusof

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Intan Zaharah merupakan ahli Pi Kg.Perik sejak tahun 2014. Beliau pada awalnya membuat perniagaan secara kecil-kecilan dropship sehingga kini beliau sudah menjadi agent Produk Jamu Dik Na dan pdoduk-produk lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai produk jualannya  melalui mulut ke mulut. Tetapi agak sukar untuk orang ramai melihat produk-produk beliau dan perlu mencari ilmu untuk mempromosikan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, permintaan produknya sangat menggalakkan kerana menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Hasil daripada pembelajaran ICT di PI, Intan sudah mahir dalam posting-posting Facebook berkenaan produk beliau.   Beliau juga merasa mudah kerana banyak melakukan transaksi secara atas talian selain perlu untuk keluar ke bank-bank berdekatan yang agak mengambil masa.

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Kuah Rojak

Nama

: Siti Aishah Binti Shahanon

Umur

:  18 Tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Cik Aishah merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang berumur 18 tahun. Beliau juga merupakan seorang ahli yang aktif dan sering datang ke Pusat Internet.  Cik Aishah bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar. Beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kuah rojak yang dihasilkan sendiri. Beliau menggunakan Pusat Internet untuk mencari ilham atau resepi disamping menyertai kelas-kelas usahawan yang dianjurkan bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang perniagaanya.    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Cik Aishah tidak mempunyai idea atau resepi bagi menghasilkan kuah rojak yang sedap. Beliau hanya mempunyai minat tetapi takut untuk melaksanakannya kerana tidak cukup yakin untuk mempromosikan kuah rojaknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Cik Aishah dapat menambahkan pengetahuan berkaitan perniagaan dan cara mempromosikan produknya sama ada secara offline atau online. Beliau banyak menyertai kelas-kelas keusahawanan dan ICT. Beliau selalu datang ke pusat internet untuk mencari resepi kuah rojak dan menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat kertas iklan kuah rojak beliau. Selepas penggunaan ICT, pendapatan hasil dari kuah rojak Cik Aishah meningkat sedikit demi sedikit.    

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

 

Nama

: Muhammad Shahrul Ikhwan

Umur

:  12 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Muhammad Shahrul Ikhwan merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik sejak 2018. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perik dan baru berumur 12 tahun. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, Shahrul tidak mahir dalam penggunaan komputer serta kemudahan-kemudahan ICT yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kerap kali menggunakan dan menyertai kelas-kelas dan kemudahan ICT yang dianjurkan oleh pusat internet, Shahrul menjadi semakin mahir. Beliau sudah mahir dalam penggunaan Microsoft Word, menjawab soalan atas talian serta lain-lain manfaat yang berjaya diperolehinya. Disamping itu, beliau selalu datang menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat-maklumat berkaitan kerja sekolah bersama rakan-rakan.