KEUSAHAWANAN 1

Usahawan Tudung Wanita

Nama

:Noramiza Binti Zulkifli

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Noramiza merupakan seorang surirumah dan Usahawan sepenuh masa bagi perniagaan tudung dan Baju Kurung.  Beliau berkongsi perniagaan bersama keluarganya dan menjahit sendiri di rumah.  Sebelum ini beliau hanya mengambil upah menjahit baju seperti baju kurung, kebaya dan kurung moden.  Sekarang, beliau telah menambah produk baru iaitu tudung dan shawl yang dijual secara borong. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pengetahuan tentang ICT dan asas berniaga Puan Noramiza adalah sedikit dan terhad. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperkembangkan lagi perniagaannya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan.  Beliau tidak mempunyai ilmu dalam peniagaan dan asas untuk memulakan perniagaan.  Beliau juga mengambil keputusan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ini dengan cara melibatkan diri dalam Kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri dalam Kelas ICT di Pusat Internet, kini Pn. Noramiza telah memiliki facebook page dan Instagram dan dapat mempromosikan kepada orang ramai hasil produk sendiri. Hasil promosi yang dilakukan secara online amat memberangsangkan dan menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau.  Pendapatan bulanan Pn. Noramiza kini mencecah RM500 – RM1000. Setelah memahami dan mendalami dunia internet, beliau membuat kajian secara terperinci mengenai cara-cara pengiklanan yang berkesan. Beliau dapati internet adalah salah satu medium yang terbaik untuk memasarkan serta memperkenalkan produk di alam siber tanpa memerlukan modal untuk mengiklankan produk sendiri.  Selain itu, beliau juga memuatnaikkan produknya di dalam Aplikasi Dashboard iaitu MyShop.  

 

KEUSAHAWANAN 2

Kuih-Muih

Usahawan  Aiskrim Home Made

Nama

: Siti Sarah Bt Ibrahim

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Sarah merupakan seorang surirumah dan minat dalam bidang masakan. Beliau juga merupakan seorang ahli yang aktif dan sering datang ke Pusat Internet.  Puan Sarah bercadang untuk menambahkan sumber pendapatan keluarganya memandangkan ekonomi sekarang yang makin mencabar.  Beliau menjadikan minat masakannya itu sebagai satu idea untuk menambahkan lagi sumber pendapatan iaitu menjual kuih muih seperti donut, sardin roll dan bambolini yang sekarang semakin viral di media sosial seperti Facebook.  Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai platform untuk beliau mencari resepi dan cara untuk memulakan perniagaan.   

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, Puan Sarah berniaga secara offline iaitu mempromosikan produknya melalui keluarga, kawan-kawan terdekat dan jiran tetangga.  Melalui cara itu, produknya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hanya dikenali kenalan yang terdekat sahaja.  Disebabkan ramai yang tidak tahu mengenai perniagaannya, keuntungan yang beliau dapat hanyalah sedikit dan tidak memberangsangkan.  Hal ini kerana, beliau tidak mempunyai asas kemahiran ICT untuk menjual produk secara atas talian ataupun online

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, Puan Sarah dapat menambahkan lagi pengetahuan disamping dapat meluaskan perniagaannya dari segi mempromosikan produk secara online seperti Facebook. Produknya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Pendapatan beliau semakin bertambah dari RM100 mencecah ke RM500 ke atas sebulan.  Justeru dari itu, medium online telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan dan hebahan itu meluas seterusnya keuntungan itu meningkat dan permintaan turut mendapat sambutan.  

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama

:Nur Auni Arifah Binti Azizan

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Auni merupakan seorang pelajar yang berumur 11 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M, Auni tidak tahu apa itu kepentingan ICT dan tiada asas menggunakan aplikasi-aplikasi komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Auni sangat aktif melibatkan diri di dalam kelas – kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.  Sekarang, Auni telah mahir menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu sekolah seperti folio.  Auni tidak perlu lagi menulis dan hanya menaip membuatkan folionya cantik dan kemas.  Selain itu, dia juga pernah melibatkan diri dalam kelas Publisher untuk menghasilkan Kad Hari Guru, Kad Hari Lahir dan Kad Hari Ibu.