KEUSAHAWANAN 1

Ejen Unico Primer Base Cream

Nama

: Siti Fatimah Binti Zainun

Umur

:  25 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Fatimah merupakan ahli berdaftar Pusat Internet sejak 2014 lagi. Beliau juga adalah ahli yang aktif yang selalu berkunjung ke Pusat Internet serta menyertai segala program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Fatimah melibatkan diri dalam penjualan produk Unico bagi menambahkan hasil pendapatan oleh kerana beliau hanya bekerja sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, tahap capaian hasil penjualan agak kurang mendapat sambutan. Ini kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam mempromosikan produk dalam platform-platform digital dan beliau hanya menjual secara offline seperti hebahan mulut ke mulut. Ketidakpuasan dalam hasil penjualan menyebabkan dia menyertai bengkel-bengkel ICT yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Cik Fatimah banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, tahap kecekapan dan pengendalian dalam ICT lebih meningkat. Beliau sudah lebih mahir dalam strategi marketing online dimana beliau telah menyertai Bengkel Online Marketing (Shopee) yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Perik. Shopee merupakan platform yang dikenali ramai dan sangat mendapat sambutan. Selain itu, pembelajaran menegnai tips iklan di Media Sosial Facebook turut dipraktikkan oleh beliau. Dengan itu, hasil jualan produk beliau meningkat dari sebelumnya.

KEUSAHAWANAN 2

Agen Produk Suzy Honey

Nama

: Julia Binti Md Isa

Umur

:  37 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Puan. Julia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kg Perik pada tahun 2020. Beliau merupakan seorang peniaga produk kesihatan Suzy Honey yang mengandungi set-set berpantang, set kurus dan lain-lain lagi. Beliau berniaga kecil-kecilan dan hanya menjalankan penjualan dalam bulatan sekeliling yang kecil dan terbatas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai perniagaannya hanya melalui mulut ke mulut dan kawasan berdekatan sahaja. Namun permintaan tidak menggalakkan dan kurang mendapat sambutan oleh kerana penyebaran hanya dalam kawasan yang kecil. Di samping itu juga, keuntungan jualan yang diperoleh sedikit dan Puan Julia kurang berpuas hati dengan hasil jualannya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, produk kesihatan beliau lebih dikenali ramai oleh kerana Puan Julia melebarkan promosi beliau melalui platform media sosial Facebook. Kadar capaian pelanggan adalah lebih meluas dan membuatkan sambutan pembelian yang menggalakkan. Keuntungan jualan yang diperoleh lebih besar walaupun hanya menjalankan jualan atas talian berdasarkan dari rumah sahaja.

KEUSAHAWANAN CELIK IT

Nama

: Muhamad Ramadhan Zikrullah Bin Razfizi

Umur

: 10  Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Ramadhan merupakan pelajar tahun 4 di Sek. Keb. Perik. Beliau adalah pengunjung yang setia di Pik Kg.Perik sejak dari penubuhan PIK disini. Selama 6 tahun penubuhan PIK ini, beliau telah mempelajari pelbagai pelajaran mengenai ICT. Sehingga kini beliau semakin cekap dan berkebolehan dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru menggunakan Microsoft Office dan Online Education.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Ramadhan mengenai computer hanya asas dan tidak tahu menggunakan komputer dan aplikasi dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, Ramadhan lebih mahir dalam menggunakann komputer dalam menyelesaikan kerja sekolah, projek sekolah mahupun minat mengenai pelajaran ICT dan beliau semakin berminat untuk belajar kerana sering mengikuti kelas yang dianjurkan petugas di Pusat Internet Komuniti ini  Beliau semakin cekap menggunakan Microsoft Office iaitu Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan  yang diberikan oleh cikgu di sekolah.  Memandangkan sekarang musim pandemic Covid-19 ini beliau sering ke Pusat Internet untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu secara atas talian.