KEUSAHAWANAN 1

Produk Kecantikkan (Serum Birdnest Essence)

Nama

: Norhayati Binti Saleh

Umur

:  35 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Pn. Hayati merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik bermula pada tahun 2020. Beliau merupakan surirumah dan menjual produk kecantikkan menjadi dropship bagi produk Serum Birdnest Essence sebagai sumber pendapatan tambahan.  Beliau merupakan ahli aktif dan sering ke Pusat Internet mencari bahan untuk meningkatkan lagi hasil jualannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Pn. Hayati hanya melakukan promosi secara offline dan hasilnya agak kurang memberansangkan. Beliau juga hanya membuat hebahan secara dari mulut ke mulut tidak memberi kepuasan kepada beliau dalam mencapai tahap penjualan.  Tahap pengetahuan ICT hanyalah asas sahaja dan tidak tahu selok belok mengenai perniagaan secara online.  Beliau berhasrat untuk meningkatkan lagi hasil jualan dengan cara promosi secara online.  Beliau berminat untuk mendalami lagi ilmu tentang “Online Martketing”.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pn. Hayati banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, beliau semakin pakar dalam mempromosikan dan mengiklankan produknya di laman social Facebook dan status whatsapp. Beliau menggunakan kemudahan-kemudahan ICT tersebut dengan baik dan seterusnya melalui hebahan tersebut menyebabkan pendapatan hasil jualan meningkat dari sebelumnya. Perniagaannya semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan memberangsangkan.  Beliau juga melibatkan diri dalam Kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Kg Perik iaitu Kelas Online Marketing (Shopee) dan sekarang beliau sedang aktif dalam penjualan produk memalui Aplikasi Shopee yang semakin popular dikalangan orang ramai. 

KEUSAHAWANAN 2

Agent Produk Amway

Nama

Shahfinar Binti Shahdan

Umur

:  35 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Shahfinar merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik bermula pada tahun 2020. Beliau merupakan ejen produk Amway seperti produk kesihatan dan kecantikan. Beliau seorang yang aktif dalam mempromosikan produk-produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Shahfinar hanya mempromosikan produk beliau melalui perjumpaan ramai-ramai, hebahan dari mulut ke mulut antara kawan-kawan dan hanya secara offline. Sambutan yang diberikan agak kurang memuaskan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, beliau semakin arif dalam mempromosikan produk-produk tersebut menggunakan media social whatsapp dan Facebook. Beliau juga banyak memperoleh ilmu untuk menghasilkan fliers iklan produk beliau, selain teknik-teknik posting produk beliau daripada program-program Pusat Internet.

 

KEUSAHAWANAN CELIK IT

Nama

: Siti Aisyah Binti Hashim

Umur

: 22  Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Siti Aisyah merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik sejak dari tahun 2016. Beliau selalu ke Pusat Internet atas urusan menyiapkan tugasan sekolah. Beliau sangat aktif dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli di PI, beliau tidak mempunyai asas dalam bidang kemahiran ICT. Namun beliau kerap berkunjung ke PI mengikut rakan dalam menyiapkan tugasan sekolah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai pelbagai kelas ICT dan tunjuk ajar daripada petugas PI, Aisyah sudah mahir dalam menggunakan perisian dan mempelajari setiap elemen yang terdapat di dalamnya.  Beiau sudah mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Microosft Powerpoint dan Microsoft Excel dalam menyiapkan tugasan kerja kursus.