KEUSAHAWANAN 1

Studio Foto PJ Plaza

Nama

: Faridah Binti Ibrahim

Umur

:  53 Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Faridah merupakan ahli pusat internet sejak 2018. Beliau mempunyai perniagaan kedai gambar yang terletak di Tanah Merah, Jitra. Beliau sering ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan internet dan kelas ICT untuk mempromosikan kedai beliau oleh kerana dirumah beliau tidak mempunyai rangkaian internet yang kuat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, kedai gambar beliau kurang mendapat sambutan dari pelanggan. Selain itu, orang ramai agak sukar untuk mengetahuai jenis perniagaan beliau dan lokasi kedai beliau turut sukar dikesan oleh kerana hanya diwar-warkan melalui mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, Faridah sudah arif dalam mepromosikan iklan produknya di laman social Facebook dan status whatsapp. Beliau menggunakan kemudahan-kemudahan ICT tersebut dengan baik dan seterusnya melalui hebahan tersebut menyebabkan pendapatan hasil jualan meningkat dan mendapat sambutan dari ramai pelanggan beliau.

KEUSAHAWANAN 2

Produk Kosmetik Viral

Nama

: Yusniza Binti Mohd Yusoff

Umur

:  46 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Pn. Yusniza merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan beliau merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik pada tahun 2015.  Beliau berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu cara untuk memulakannya.  Beliau juga berhasrat untuk menambah sumber pendapatan keluarganya.  Beliau bermula dengan menjual barang produk kecantikkan secara offline.  Beliau mempromosikan secara kecil-kecilan kerana tidak tahu cara untuk mempromosikan produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Pn. Yusniza hanya melakukan promosi secara offline iaitu dari mulut ke mulut sekitar kawasan terdekat sahaja. Hal ini menyebabkan hebohan tidak meluas dan hasil pendapatan beliau adalah sedikit.  Beliau berusaha mencari idea untuk memperluaskan lagi perniagaannya ini. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas penglibatan diri dengan penggunaan ICT seperti kelas Online Marketing, beliau semakin pandai dalam mempromosikan produk-produk tersebut menggunakan media social seperti facebook, whatsapp, dan Myshop.  Beliau juga menggunakan Dashboard Komuniti iaitu Myshop sebagai platform untuk menjual dan mempromosikan produknya. Hasil daripada promosi secara online tersebut perniagaannya semakin dikenali ramai dan dendapatan beliau semakin meningkat

 

KEUSAHAWANAN CELIK IT

Nama

: Nur Aliya Shafikah Binti Din

Umur

14  Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Nur Aliya Shafikah merupakan ahli aktif sejak 2015 lagi. Beliau seorang ahli yang aktif dalam melibatkan diri dengan kelas-kelas ICT di Pusat Internet Kg Perik. Aliya selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru selain menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan untuk mencari bahan-bahan maklumat tugasan.   

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Aliya tidak mahir dalam menggendalikan computer serta tidak mahir dengan perisian computer. Beliau juga tidak mahir dalam carian  maklumat-maklumat di laman sesawang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Aliya tidak mahir dalam menggendalikan computer serta tidak mahir dengan perisian computer. Beliau juga tidak mahir dalam carian  maklumat-maklumat di laman sesawang.