KEUSAHAWANAN 1

Dropship Karisma Dan Kecantikan

Nama

Zuliana Binti Nanyan

Umur

:  39 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Zuliana merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik bermula pada tahun 2020. Beliau merupakan dropship dalam menjual pelbagai produk kecantikan tetapi lebih memfokuskan kepada produk Karisma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Zuliana hanya melakukan promosi secara offline dan hasilnya agak kurang memberansangkan. Membuat hebahan secara dari mulut ke mulut tidak memberi kepuasan kepada beliau dalam mencapai tahap penjualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, Zuliana sudah arif dalam mepromosikan iklan produknya di laman social Facebook dan status whatsapp. Beliau menggunakan kemudahan-kemudahan ICT tersebut dengan baik dan seterusnya melalui hebahan tersebut menyebabkan pendapatan hasil jualan dropship produk Karisma meningkat dari sebelumnya.

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Kedai Makan Nasi Ayam Hainan

Nama

Siti Norbaidura Binti Abd Aziz

Umur

:  39 Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Pn. Baidura merupakan ahli Pi1m Kg.Perik sejak 2018.  Beliau sebelum ini merupakan surirumah sepenuh masa.  Pada tahun 2010 beliau mula berkecimpung dalam perniagaan ini iaitu membuka gerai Nasi Ayam secara kecil-kecilan dia halaman  rumahnya.  Sekarang beliau telah menyewa dan membuka kedai di deretan bangunan Majlis Daerah Padang Terap bersebelahan Pejabat Pos cawangan Kuala Nerang.  Beliau juga sering ke Pusat Internet untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau. Beliau juga aktif menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosi dan mengiklankan mengenai perniagaannya hanya melalui mulut ke mulut dan kawasan berdekatan sahaja. Tetapi agak sukar untuk orang ramai mengetahui peniagaan yang dijalankan dan sukar untuk mencari lokasi kedai. Justeru, permintaan tidak menggalakkan dan pendapatan hariannya tidak memberangsangkan.  Beliau Cuma untuk meningkatkan pendapatan keluarganya dengan mencuba mendekatkan diri dengan dengan penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, perniagaannya semakin dikenali ramai dan permintaan sangat menggalakkan.  Beliau menggunakan medium facebook untuk mempromosi perniagaannya secara meluas. Orang ramai lebih mudah untuk mengetahui jenis-jenis masakan yang dijalankan dan mudah untuk mencari lokasi kedainya hanya melalui facebook.  Sekarang beliau menjalankan penghantaran makanan secara “Cash On delivery” ataupun dipanggil COD yang lebih mudah untuk orang ramai membuat pesanan secara online sahaja. 

 

 

KEUSAHAWANAN CELIK IT

Nama

Muhammad Irfan Zulwaqar

Umur

: 16  Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Muhammad Irfan Zulwaqar merupakan seorang ahli Pusat Internet Kg Perik. Beliau berumur 16 tahun dan menjadi ahli sejak tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli di PI, Irfan tidak mahir dan juga tidak mempunyai asas dalam ICT dan penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli dan kerap berkunjung ke Pusat Internet , beliau banyak menyertai kelas-kelas ICT serta program yang dianjurkan oleh Pusat Internet beliau sudah mempunyai kemahiran. Antaranya beliau sudah pandai dalam pengendalian komputer dimana boleh menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah. Di samping itu, beliau memperolehi ilmu pengetahuan dalam cara –cara menggunakan internet serta kemudahannya dengan betul.