KEUSAHAWANAN 1

Agen Produk Bidara Asli

Nama

Nur Syazwana Binti Azri

Umur

:  24 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Nur Syazwana merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik bermula pada tahun 2019. Beliau merupakan ejen dalam menjual pelbagai produk Bidara antaranya ialah gel mandian bidara, minyak bidara asli, losyen bidara dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Nur Syazwana hanya melakukan promosi secara offline iaitu mulut ke mulut tanpa iklan fliers dan sebagainya. Selain itu penghebohan mengenai produk tersebut tidak meluas dan hasil pendapatan beliau adalah sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT, beliau semakin arif dalam mempromosikan produk-produk tersebut menggunakan media social facebook disamping turut belajar dalam menghasilkan fliers iklan.  Hasil daripada promosi secara online tersebut telah meningkatkan pendapatan beliau. Kini, Nur Syazwana menggunakan penjualan secara offline dan online dalam bisnes beliau.

 

 

 

KEUSAHAWANAN 2

Jamu Dik Na

Nama

: Rosliza Binti Rajami

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Pn. Rosliza merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 5 orang anak.  Memandangkan taraf ekonomi sekarang semakin mencabar, beliau berhasrat untuk membantu suaminya meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka.  Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet Kg Perik pada tahun 2019.  Beliau berusaha mencari idea untuk menambahkan sumber pendapatan untuk keluarganya.  Beliau bermula dengan menjual barang produk Jamu Dik Na dan menjadi dropship.  Beliau mempromosikan secara kecil-kecilan kerana tidak tahu cara untuk mempromosikan produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, Pn. Rosliza hanya melakukan promosi secara offline iaitu mulut ke mulut tanpa iklan flyers dan sebagainya. Selain itu penghebohan mengenai produk tersebut tidak meluas dan hasil pendapatan beliau adalah sedikit.  Beliau berusaha mencari idea untuk kembangkan lagi perniagaannya ini. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas beliau banyak melibatkan diri dengan penggunaan ICT seperti kelas Online Marketing, beliau semakin arif dalam mempromosikan produk-produk tersebut menggunakan media social seperti facebook.  Beliau juga menggunakan Dashboard Komuniti iaitu Myshop sebagai tempat untuk menjual  produknya. Hasil daripada promosi secara online tersebut perniagaannya semakin dikenali ramai dan Pendapatan beliau semakin meningkat. Dari dropship meningkat menjadi agent. Kini, Pn. Rosliza menggunakan penjualan secara offline dan online dalam bisnes beliau. 

 

 

 

 

CELIK IT

Nama

: Nur Atiqah Binti Mohd Shaiful

Umur

:  14 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Nur Atiqah merupakan seorang ahli aktif bermula dari tahun 2016. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Nerang, Kedah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli di PI, beliau tidak mempunyai asas dalam bidang kemahiran ICT. Namun beliau kerap berkunjung ke PI mengikut rakan dalam menyiapkan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai pelbagai kelas ICT dan tunjuk ajar daripada petugas PI, Atiqah sudah mahir dalam melayari internet serta mengenali segala perkakasan komputer yang terdapat di PI. Kini, beliau kerap berkunjung ke PI bagi menyiapkan kerja khusus dan kerja-kerja sekolah beliau dengan lebih mudah seperti menggunakan pelayaran Google dalam mencari jawapan serta menggunakan Microsoft Word dalam menaip tugasan.