Taklimat Safe and Shield di MRSM Kubang Pasu

Tarikh :4 November 2024 (Isnin)
Masa :3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi :MRSM Kubang Pasu
Peserta

: 299

 

Tujuan 

NADI Kluster Padang Terap bersama NADI Felda Nenering telah mengadakan satu taklimat Safe and Shield di MRSM Kubang Pasu. Taklimat diketuai oleh Puan Wan Suriani (Pengurus NADI Felda Nenering). Program ini bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan tentang etika penggunaan internet dengan lebih selamat. Selain itu Pihak NADI turut mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI serta kelebihan menjadi ahli NADI. 

Aktiviti

Selain taklimat, turut diadakan adalah kuiz.

Gambar Disini

Taklimat Safe and Shield di SK Tualak

Tarikh :19 Oktober 2024 (Khamis)
Masa :11.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi :SK Tualak
Peserta

: 200

 

Tujuan 

NADI Kluster Padang Terap dengan kerjasama SK Tualak menyampaikan taklimat tentang Perkhidmatan Pintar dan program NADI X Kesedaran iaitu Safe & Shield.Program ini bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan tentang etika penggunaan internet dengan lebih selamat. Selain itu Pihak NADI turut mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI serta kelebihan menjadi ahli NADI. 

 

Aktiviti

Selain taklimat, turut diadakan adalah kuiz serta aktiviti softskill berkumpulan.

Gambar Disini

Advokasi Taklimat Klik Dengan Bijak Bersama SK Kubang Palas

Tarikh :9 Oktober 2024 (Rabu)
Masa :9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi :SK kubang Palas
Peserta

:300

 

Tujuan 

Advokasi ini telah dijalankan oleh Pengurus-pengurus NADI kluster Padang Terap untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang etika dan salah guna dalam mengendalikan kemudahan internet pada masa kini. 

 

Aktiviti

Selain taklimat, turut diadakan adalah kuiz serta aktiviti softskill berkumpulan.

Gambar Disini

Kelas Microsoft Powerpoint (Idola Saya)

Tarikh :5 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa :2.30 petang hingga 3.30 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:4

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk mendalami penggunaan serta fungsi perisian Microsoft ini untuk kegunaan pada masa akan datang. 

 

Aktiviti

Mereka diberikan tugas untuk membuat satu slide powerpoint yang bertajuk idola saya. 

Gambar Disini

E-Learning (Sains Sekolah Rendah)

Tarikh :15 September 2024 (Ahad)
Masa :2.30 petang hingga 3.30 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:10

 

Tujuan 

Sempena cuti sekolah, petugas mengadakan kelas pembelajaran atas talian menggunakan laman sesawang pendidikan yang menarik kepada peserta sekolah rendah bagi mereka mengulangkaji subjek yang dipelajari.  

 

Aktiviti

Petugas menggunakan laman sesawang wordwall yang memaparkan dan menyediakan pelbagai subjek sekolah yang menarik dan seronok untuk dipelajari. 

Gambar Disini

Advokasi- Taklimat Klik Dengan Bijak

Tarikh :12 September 2024 (Khamis)
Masa :9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Lokasi :SK Perik
Peserta

:100 Peserta

 

Tujuan 

Sempena sambutan bulan kemerdekaan pihak SK Perik telah menjemput NADI Kluster Padang Terap untuk mengadakan taklimat KDB serta aktiviti -aktiviti yang bersesuaian buat pelajar SK Perik. 

 

Aktiviti

Antara ativiti yang dijalankan ialah taklimat klik dengan bijak berkaitan buli siber, aktiviti mewarna dan kuiz kemerdekaan. 

Gambar Disini

Fine Motor Skill (Recreate Bunga kebangsaan)

Tarikh :10 September 2024 (Selasa)
Masa :10.00 pagi hingga 11.05 pagi
Lokasi :NADI Labi Tualak
Peserta

:13 Peserta

 

Tujuan 

Sempena bulan Kemerdekaan, NADI Kluster Padang  Terap telah mengadakan aktiviti kemerdekaan bersama TABIKA KEMAS Labi Tualak. 

 

Aktiviti

Antara ativiti yang dijalankan ialah perarakan kemerdekaan, aktiviti mewarna dan fine motor skills. 

Gambar Disini

Mesyuarat Pengurus NADI Kluster Padang Terap bersam DRM (MSD)

Tarikh :22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :10.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi :NADI Belimbing Kanan
Peserta

:Semua Pengurus NADI Kluster Padang Terap

 

Tujuan 

Mesyuarat bersama DRM En Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan NADI serta pelaksanaan NADI. Pelbagai isu telah dibincangkan bagi memastikan kelancaran operasi setiap  NADI Kluster Padang Terap. 

 

Aktiviti

Selain itu, turut juga mengalukan kehadiran Pengurus Baru bagi NADI Belimbing Kanan. 

Gambar Disini

Klik Dengan Bijak - Pengenalan NADI dan Internet Tingkatan 3 dan Tingkatan 4

Tarikh :12 Ogos 2024 (Isnin)
Masa :08.00 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi :SMK Lubuk Merbau
Peserta

:70 Peserta

 

Tujuan 

Pihak NADI Kluster Padang Terap telah mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak yang bertajuk Pengenalan NADI dan internet kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau. Taklimat disampaikan oleh beberapa orang petugas NADI. 

 

Aktiviti

Selain taklimat, turut diadakan ialah aktiviti STEM dan latihan softskill. 

Gambar Disini

Program Advokasi Klik Dengan Bijak SMK Lubuk Merbau

Tarikh :06 Ogos 2024 (Selasa)
Masa :10.40 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi :SMK Lubuk Merbau
Peserta

:200 Peserta

 

Tujuan 

Dengan kerjasama SMK Lubuk Merbau, pihak NADI Kluster Padang Terap telah mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak di sekolah tersebut. Topik yang disampaikan adalah berkaitan Buli Siber yang makin berleluasa pada ketika ini. Taklimat di sampaikan oleh Ketua Kluster iaitu Pn Khairunnisa yang juga merupakan seorang Pengurus dari NADI Felda Lubuk Merbau. 

 

Aktiviti

Selain taklimat yang diberikan, turut diadakan adalah kuiz KDB, aktiviti STEM dan softskill dari pihak NADI. 

Gambar Disini

Kelas ICT- Microsoft Word (Kenali Bendera Malaysia)

Tarikh :03 Ogos 2024 (Khamis)
Masa :03.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:10 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melihat tahap pemahaman setiap peserta mengenai maksud setiap warna dan lambang bendera. Selain itu, pendedahan penggunaan perisian Microsoft Word dengan memasukkan gambar dan teks mengikut arahan petugas. 

 

Aktiviti

Peserta diberikan tugas mencari gambar bendera di laman sesawang dan memasukkan dalam perisian microsoft word serta menaip teks berkaitan maksud warna dan lambang bendera tersebut.

Gambar Disini

Program CSR bersama NGO (LKPIM Daerah Padang Terap dan Agensi Perpustakaan Desa Masjid Kg Padang Nyiur)

Tarikh :01 Ogos   2024 (Khamis)
Masa :08.00 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi :NADI Kg Tanjung
Peserta

:30 Peserta

 

Tujuan 

Tujuan program ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara NADI Kluster Padang Terap dengan komuniti setempat. Selain itu, program ini adalah anjuran dan kerjasama bersama LKPIM Padang Terap dan Perpustakaan Desa Padang Nyiur.  

 

Aktiviti

Antara pengisian program ini adalah aktiviti kacau bubur asyura bersama-sama, dan turut diadakan juga tazkirah dari penceramah serta penyampaian sumbangan kepada yang layak. 

Gambar Disini

Kelas ICT-Google Form 

Tarikh :18 Julai  2024 (Khamis)
Masa :10.40 pagi hingga 11.40 pagi
Lokasi :NADI Felda Bukit Tembaga
Peserta

:10 Peserta

 

Tujuan 

Mempelajari cara untuk mencipta borang online menggunakan Google Form serta memasukkan beberapa plug in/add on seperti had masa dan tempoh. 

 

Aktiviti

Kelas ini diketuai oleh Encik Ahmad Syahir yang merupakan Penolong Pengurus NADI Felda Bukit Tembaga.

Gambar Disini

Kelas Pengenalan ICT-Excel

Tarikh :18 Julai  2024 (Khamis)
Masa :9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Lokasi :NADI Felda Bukit Tembaga
Peserta

:10 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ICT ini diadakan untuk memberi pendedahan elemen-elemen yang lebih mendalam tentang  kegunaan Microsoft Excel kepada peserta. 
 

Aktiviti

Kelas ini diketuai oleh Encik Ahmad Syahir yang merupakan Penolong Pengurus NADI Felda Bukit Tembaga.

Gambar Disini

Program Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Syed Ahmad

Tarikh :17 Julai  2024 (Rabu)
Masa :9.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi :Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad
Peserta

:200 peserta

 

Tujuan 

NADI Kluster Padang Terap dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Syed Ahmad telah mengadakan satu taklimat advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Online Grooming. Tujuan taklimat ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet dan etika dalam menggunakan pada masa kini supaya tidak disalahgunakan. 
 

Aktiviti

Taklimat disampaikan oleh Pegurus NADI Kg Tanjung, Pn Wan Suriyani Wan Senu. Selain itu, turut dijalankan ialah kuiz KDB dan aktiviti STEM. 

Gambar Disini

E-Learning Quizizz Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tarikh :06 Julai  2024 (Sabtu)
Masa :10.00 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:9 peserta

 

Tujuan 

Petugas mendedahkan peserta dengan permainan pendidikan yang sangat bermanfaat membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran dengan papran yang lebih interaktif secara atas talian. 
 

Aktiviti

Quizizz merupakan satu platform yang sangat bagus untuk pembelajaran yang lebih seronok da mudah faham. 

Gambar Disini

Menaip Surat Kiriman Rasmi

Tarikh :03 Julai  2024 (Rabu)
Masa :10.30 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:2 peserta

 

Tujuan 

Peserta dibimbing menggunakan perisian Microsoft Word untuk menaip surat kiriman rasmi bagi kegunaan pengurusan kemasukan ke Universiti. 
 

Aktiviti

Petugas mengajar peserta serta mendedahkan lagi elemen-elemen yang terdapat dalam perisian tersebut agar peserta lebih mahir dalam penggunaan selepas ini. 

Gambar Disini

E-Tuisyen Matematik Darjah 4

Tarikh :21 Jun  2024 (Jumaat)
Masa :10.45 pagi hingga 11.45 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:3 peserta

 

Tujuan 

Peserta-peserta yang menyertai kelas E-Tuisyen menggunakan kemudahan internet dan komputer untuk menghadiri kelas secara atas talian. 
 

Aktiviti

Kelas E-Tuisyen ini disertai oleh pelajar-pelajar darjah 4 yang tinggal berdekatan dengan NADI Kg Perik. 

Gambar Disini

Kelas Keusahawanan Kursus  Pes Durian

Tarikh :20 Jun  2024 (Khamis)
Masa :9.00 pagi
Lokasi :NADI Belimbing Kanan
Peserta

:10 peserta

 

Tujuan 

Kelas Keusahawanan Kursus Pes Durian oleh Tuan Amin Zakariya ( Pengusaha Pes Durian Sik) anjuran bersama Pn Norashikin, Pn Ain(Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena dan Padang Terap) dan NADI Padang Terap. Kelas ini diadakan bertempat di NADI Belimbing Kanan. 
 

Aktiviti

Peserta mempelajari cara membuat pes durian daripada pengusaha pes durian Sik. 

Gambar Disini

Permohonan Bantuan Subsidi Budi Madani (Individu)

Tarikh :13 Jun  2024 (Khamis)
Masa :9.30 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:1 peserta

 

Tujuan 

Pengguna menggunakan kemudahan internet serta komputer untuk memohon bantuan subsidi yang telah diumumkan oleh kerajaan. Petugas membimbing pengguna dalam menggunakan kemudahan tersebut serta membantu dalam mengisi permohonan tersebut. 
 

Aktiviti

Permohonan telah berjaya dipohon dan sedang menunggu step seterusnya. 

Gambar Disini

Permainan Pendidikan Kahoot 

Tarikh :06 Jun  2024 (Rabu)
Masa :04.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:6 peserta

 

Tujuan 

Kahoot merupakan satu permainan pendidikan yang sangat menarik dan berinfomatif. Petugas mengadakan kahoot berkaitan komponen komputer yang membolehkan peserta mengingat kembali setelah mempelajari daripada kelas sebelum ini. 
 

Aktiviti

Tahap kepintaran diuji berdasarkan skor pencapaian mereka semasa menjawab soalan-soalan tersebut. 

Gambar Disini

SoftSkill - Penerangan Komponen Komputer serta Fungsinya

Tarikh :01 Jun  2024 (Sabtu)
Masa :11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:6 peserta

 

Tujuan 

Kelas softskill ini diadakan bertujuan untuk melatih serta membina semangat berani dalam menyampaikan pembentangan di hadapan orang ramai. Di samping meningkatkan tahap komunikasi yang baik antara peserta. 
 

Aktiviti

Setiap orang peserta diminta ke hadapan untuk menerangkan komponen serta fungsinya. 

Gambar Disini

Kelas ICT- Pengenalan Komputer serta Fungsinya

Tarikh :01 Jun  2024 (Sabtu)
Masa :10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:6 peserta

 

Tujuan 

Kelas ict ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta serta mendedahkan mereka dengan komputer serta komponennya bagi memastikan mereka lebih peka dengan kemudahan serta fungsi yang disediakan. 
 

Aktiviti

Petugas menerangkan pengenalan serta fungsi-fungsi yang terdapat pada komputer serta komponennya.

Gambar Disini

Kelas ICT- Basic Microsoft Word

Tarikh :18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:1 peserta

 

Tujuan 

Kelas diadakan bagi memahirkan peserta untuk menggunakan perisian microsoft ini untuk lebih mudah dalam menyiapkan tugasan sekolah harian.
 

Aktiviti

Antara elemen yang dipelajari ialah mengubah jenis font, size font, memasukkan gambar dan lain-lain lagi. 

Gambar Disini

STEM IOT : Dynamic System

Tarikh :10 Mei 2024 (Jumaat)
Masa :10.00 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

:6 peserta

 

Tujuan 

Petugas mengadakan aktiviti STEM dengan menggunakan permainan atas talian yang sangat memerlukan pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permainan tersebut. 

Aktiviti

Para peserta dapat mempelajari bagaimana untuk berfikir dengan lebih inovatif dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. 

Gambar Disini

Klik Dengan Bijak (SK Naka)

Tarikh :09 Mei 2024 (Khamis)
Masa :11.10 pagi 
Lokasi :SK Naka
Peserta

:100 peserta

 

Tujuan 

Sempena Gotong royong MADANI di SK Naka, pihak NADI Kluster Padang Terap telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Klik Dengan Bijak kepada pelajar-pelajar SK Naka. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus NADI Kg Tanjung iaitu Puan Wan Suriyani. 

Aktiviti

Selain itu, turut diadakan adalah aktiviti STEM iaitu membina menara menggunakan straw. 

Gambar Disini

Program Onboarding AgroBazaar

Tarikh :08 Mei 2024 (Rabu)
Masa :9.30 pagi
Lokasi :NADI Kg Tanjung
Peserta

: 12 peserta

 

Tujuan 

Program ini merupakan anjuran pihak FAMA yang bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan mengenai platform  AgroBazaar Online.Portal Agrobazaar Online merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu infrastruktur e-Dagang (e-Commerce) yang menjadi milik penuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diuruskan oleh FAMA.
 

Aktiviti

Antara isi program adalah mengenai pengenalan Agro Bazaar tersebut, cara pendaftaran sebagai pengguna Agro Bazaar Online, dan tunjuk ajar cara membuka kedai di Agro Bazaar Online.  

Gambar Disini

Aktiviti STEM : Aiskrim Goncang

Tarikh :04 Mei 2024 (Sabtu)
Masa :3.30 petang hingga 4.30 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

: 6

 

Tujuan 

Aktiviti STEM aiskrim goncang ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta berkenaan proses perubahan jirim cecair kepada pepejal di samping mereka dapat mengetahui fungsi garam dalam pembekuan cecair tersebut.

Aktiviti

Mereka dikehendaki memasukkan cecair aiskrim dan seterusnya mengikut setiap arahan yang diberikan oleh petugas. 

Gambar Disini

E-Learning with Math Kids

Tarikh :03 Mei 2024 (Jumaat)
Masa :03.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

: 4

 

Tujuan 

Petugas mengadakan satu kelas pembelajaran subjek Matematik menggunakan tablet yang menarik minat peserta di samping dengan paparan pembelajaran yang lebih interaktif kepada mereka. 

Aktiviti

Mereka mengulangkaji subjek Matematik menggunakan aplikasi yang telah dicadangkan oleh petugas.

Gambar Disini

Program Klik Dengan Bijak Sempena Gotong-Royong MADANI SK Pedu

Tarikh :02 Mei 2024 (Khamis)
Masa :08.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi :SK Pedu
Peserta

: 100 peserta

 

Tujuan 

Pihak NADI Kluster Padang Terap telah menyertai progrom gotong-royong tersebut dengan menyelitkan slot Program Klik Dengan Bijak dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. Antaranya aktiviti STEM dan softskill kepada pelajar-pelajar tersebut. 

Aktiviti

Slot KDB tersebut disampaikan oleh Pengurus NADI Kg Tanjung iaitu Puan Wan Suriyani Binti Wan Senu dengan topik Buli Siber. 

Gambar Disini

Kelas ICT- Microsoft Powerpoint 

Tarikh :19 April 2024 (Jumaat)
Masa :10.20 pagi hingga 11.20 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

: 4 peserta

 

Tujuan 

Tujuan kelas asas Microsoft Powerpoint ini diadakan untuk melatih peserta untuk menggunakan kemudahan komputer serta perisian ini untuk menyiapkan tugasan yang diberi serta boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka di sekolah suatu hari nanti. 

Aktiviti

Peserta diberi satu tajuk untuk mencari maklumat serta memasukkan setiap maklumat dalam slide powerpoint yang telah diterangkan oleh petugas. 

Gambar Disini

E-Learning - English Wordwall

Tarikh :19 April 2024 (Jumaat)
Masa :9.15 pagi hingga 10.15 pagi
Lokasi :NADI Kg Perik
Peserta

: 4 peserta

 

Tujuan 

E-Learning by wordwall adalah satu laman sesawang yang sangat interaktif untuk peserta mempelajari dengan lebih mudah. 

Aktiviti

Petugas NADI memberi tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan setiap task yang diberi di paparan wordwall tersebut. Topik hari ini adalah berkaitan perkataan dalam Bahasa Inggeris. 

Gambar Disini

ICT- Menaip Teks Dari Petikan

Tarikh :22 Mac 2024 (Jumaat)
Masa :2.30 petang hingga 3.30 petang
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

: 6 peserta

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini dijalankan untuk melatih peserta menaip teks dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih cekap menaip dan lebih mahir dalam menggunakan papan kekunci. 

Aktiviti

Peserta diberikan tugas menaip satu petikan lengkap dari teks yang diberikan oleh petugas. Tahap kecekapan dinilai berdasarkan masa yang ditetapkan dan jumlah patah perkataan yang berjaya diselesaikan oleh mereka. 

Gambar Disini

E-Learning Puzzle Online bersama pelajar PPKI SMK Padang Terap

Tarikh :14 Mac 2024 (Khamis)
Masa :9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

: 20 peserta

 

Tujuan 

Nadi Kluster Padang Terap menganjurkan satu aktiviti Jalinan Mesra bersama PPKI SMK Padang Terap. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti puzzle online, animated drawing dan word search.

Aktiviti

Peserta adalah terdiri daripada pelajar PPKI SMK Padang Terap.

Gambar Disini

Permohonan E-Prasekolah

Tarikh :14 Mac 2024 (Khamis)
Masa :10.00 pagi
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:1

 

Tujuan 

Pengguna menggunakan kemudahan komputer dan internet di NaDi Kg Perik bagi mengisi permohonan kemasukan prasekolah anak jagaan mereka.

Aktiviti

Pengguna menggunakan laman sesawang E-Prasekolah dalam mengisi permohonan tersebut dengan bantuan daripada petugas.

Gambar Disini

Soft Skill- My Resume

Tarikh :03 Mac 2024 (Ahad)
Masa :03.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:1

 

Tujuan 

Peserta menggunakan kemudahan komputer serta internet dalam menyiapkan resume dengan bimbingan daripada petugas.

Aktiviti

Peserta menggunakan perisian Microsoft Word untuk mencipta resume yang ringkas.

Gambar Disini

Kelas Softskill (Lipat Baju)

Tarikh :07 Februari 2024 (Rabu)
Masa :03.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Tanjung
Peserta

:10

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk melatih peserta melipat baju dengan mudah menggunakan kotak. 

Aktiviti

Petugas-petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk melipat baju dengan kemas dan cantik menggunakan kotak. 

Gambar Disini

Keusahawanan- Pendaftaran Akaun Baru SSM

Tarikh :05 Februari 2024 (Isnin)
Masa :10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:1

 

Tujuan 

Pengguna menggunakan kemudahan komputer serta tunjuk ajar dripada petugas untuk membuat pendaftaran baru akaun SSM. 

Aktiviti

Pendaftaran akaun baru SSM dibuat menggunakan laman sesawang ezbiz ssm. 

Gambar Disini

Meeting Aktiviti STEM & Sukaneka HBK 2024

Tarikh :05 Februari 2024 (Isnin)
Masa :9.30 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:Penolong Pengurus Kluster Padang Terap

 

Tujuan 

Mesyuarat perbincangan mengenai Aktiviti STEM dan sukaneka HBK PEDi Kluster Padang Terap  yang bakal berlansung 29 Fenruari 2024 yang melibatkan semua Penolong Pengurus PEDi Padang Terap.  

Aktiviti

Membincangkan mengenai pembahagian tugas bagi sukaneka dan aktiviti STEM. 

Gambar Disini

STEM - Quivervision

Tarikh :18 Januari 2024 (Khamis)
Masa :3.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:5

 

Tujuan 

Kelas STEM ini melatih pelajar untuk lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu aktiviti yang menarik. Aplikasi Quiver digunakan bagi menghasilkan kesan magik kepada ilustrasi yang diwarnakan oleh mereka. 

Aktiviti

Menggunakan kertas gambar bewarna fizikal dan dengan teknologi aplikasi yang digabungkan menghasilkan pengalaman pendidikan yang menarik. 

Gambar Disini

Kelas ICT dan Soft Skill Microsoft Powerpoint (My Idol)

Tarikh :13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:5

 

Tujuan 

Kelas ini melatih peserta menggunakan perisian Microosft Powerpoint. Di samping itu turut diajar cara melakukan pembentangan mengenai My Idol masing-masing melalui penghasilan slide Microsoft Powerpoint. 

Aktiviti

Petugas memberi arahan untuk mencari Idol masing-masing dan peserta hendak melakukan pembentangan mengenai tugasan berikut.

 Gambar Disini

Kelas Asas ICT (Microsoft Powerpoint)

Tarikh :06 Januari 2024 (Sabtu)
Masa :03.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:5

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk lebih mahir menggunakan tetikus di samping dapat mengajar peserta untuk lebih fokus ketika mewarna. 

Aktiviti

Petugas menggunakan laman aplikasi coloring 4 all untuk peserta mewarnakannya.

Gambar Disini

Kelas Asas ICT (Microsoft Powerpoint)

Tarikh :01 Januari 2024 (Isnin)
Masa :11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi :PEDi Kg Perik
Peserta

:3

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan perisian dan kegunaan Microsoft Powerpoint yang sangat berguna dalam pembelajaran.

Aktiviti

Peserta diajar cara memasukkan imej dan teks dalam lembaran perisian berikut menjadi satu presentation yang menarik.

Gambar Disini