STEM - Straw Rocket
Tarikh | :20 Disember 2023 (Rabu) |
Masa | :11.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:6 |
Tujuan
Aktiviti STEM ini diadakan bagi menarik minat peserta megenai Sains dan Tekologi seterusnya mendedahkan mereka dengan aktiviti yang lebih kreatif dan seronok.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan beberapa peralatan yang mudah seperti straw, kertas, dan salotip.
Kelas ICT (Remove Background Gambar) - Microsoft Gambar
Tarikh | :17 Disember 2023 (Ahad) |
Masa | :11.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:8 |
Tujuan
Kelas ICT ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan perisian komputer serta memahirkan mereka dengan pengeditan gambar dalam Microsoft Word.
Aktiviti
Kelas ini menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuang sesuatu latar belakang gambar dengan mudah.
STEM ICT Bridge Designer
Tarikh | :9 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 |
Tujuan
Kelas ICT STEM ini diadakan bagi melatih peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah serta mendedahkan mereka dengan kemahiran menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas menggunakan permainan STEM online yang interaktif dan sangat menguji minda peserta.
Kelas ICT (Keyboard Jump)
Tarikh | :9 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 |
Tujuan
Petugas mengadakan kelas ict ini bagi melatih peserta supaya lebih mahir untuk menggunakan papan kekunci serta mengajar mereka untuk lebih fokus dalam mengendalikan sesuatu tugasan..
Aktiviti
Peserta menggunakan permainan keyboard jump secara atas talian yang lebih menarik dan efektif.
Pameran Karnival Usahawan SMK Padang Terap
Tarikh | :7 Disember 2023 (Khamis) |
Masa | :9.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :SMK Padang Terap |
Peserta |
:SMK Padang Terap dan Orang Awam |
Tujuan
PEDi Kluster Padang Terap menyertai pameran sempena karnival usahawan SMK Padang Terap dengan mengadakan pameran PEDi serta aktiviti PEDi seperti permainan ICT menggunakan Tablet Pintar. Disamping itu turut menyertai menjual produk-produk usahawan PEDi Kluster Padang Terap.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan ialah permainan ICT puzzle, wordsearch dan spelling quiz.
Taklimat Klik Dengan Bijak SK Bukit Tampoi
Tarikh | :22 November 2023 (Rabu) |
Masa | :11.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :SK Bukit Tampoi |
Peserta |
:Pelajar Tahap 2 |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai etika penggunaan internet dan salah laku jenayah internet serta memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahayanya jika menyalahgunakan internet.
Aktiviti
Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah kuiz KDB, aktiviti STEM iaitu menghasilkan hologram 3D projektor dan aktiviti softskill kepada peserta.
Taklimat Klik Dengan Bijak (Keselamatan Di Internet dan Cyber Grooming)
Tarikh | :20 November 2023 (Isnin) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :SK Padang Terap |
Peserta |
:Pelajar Tahap 2 |
Tujuan
Penyampaian taklimat oleh Pengurus Kluster Padang Terap mengenai keselamatan di internet dan cyber grooming. Ia mendedahkan kesedaran kepada peserta mengenai etika penggunaan internet serta salah laku internet yang memberi kesan kepada pengguna.
Aktiviti
Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah kuiz KDB, pameran booth PEDi, aktiviti STEM dan aktiviti softskill kepada peserta.
Kelas Keusahawanan (Penyediaan Slide dan Kertas Kerja)
Tarikh | :18 November 2023 (Sabtu) |
Masa | :11.00 pagi hingga 12.30 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta berkenaan penggunaan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slide dan penggunaan Microsoft Word untuk menghasilkan kertas kerja usahawan.
Aktiviti
Peserta memerlukan bimbingan petugas untuk menyiapkan kertas kerja iaitu pengeditan gambar serta pengisian maklumat.
Kelas ICT English Word Search
Tarikh | :13 November 2023 (Isnin) |
Masa | :3.00 petang hingga 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:6 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi memahirkan peserta menggunakan komputer serta pergerakan tetikus disamping melatih mereka untuk memahami setiap perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Disamping itu melatih peserta untuk lebih fokus dalam menyelesaikan masalah melalui pencarian perkataan yang tersembunyi.
Aktiviti
Peserta diminta melengkapkan senarai perkataan dalam carian teka silang kata tersebut dengan masa yang ditetapkan. Tahap penilaian kecekapan diukur berdasarkan masa yang pantas.
Kuiz ICT (Mengenali Komponen dan Perkakasan Komputer)
Tarikh | :10 November 2023 (Jumaat) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 orang |
Tujuan
Petugas mengadakan kuiz ICT yang bertemakan mengenali perkakasan dan komponen komputer untuk mendedahkan kepada mereka tentang perkara tersebut dengan lebih jelas dan seronok kerana petugas menggunakan kuiz online dengan paparan interaktif yang sangat menarik.
Aktiviti
Peserta dikehendaki kehadapan dengan menjawab kuiz ict yang telah disediakan dan diberikan penerangan yang jelas oleh petugas.
Klik Dengan Bijak SK Pedu
Tarikh | :06 November 2023 (Isnin) |
Masa | :9.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :SK Pedu |
Peserta |
:Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Program ini dijalankan bertujuan memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat mengenai etika dan cara penggunaan internet yang betul di kalangan pelajar sekolah rendah seterusnya turut memberi perkongsian mengenai isu semasa yang berlaku seperti love scam, buli siber dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Antara aktiviti yang turut dijalankan selain Taklimat Klik Dengan Bijak ialah typing fast, STEM aktiviti iaitu straw rocket, dan softskill pembentangan logo berkumpulan.
Kelas ICT PosterMyWall (Free Palestin)
Tarikh | :03 November 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 petang hingga 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
: 10 peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta dengan perisian atas talian yang lebih kreatif dan mudah untuk menghasilkan poster.
Aktiviti
Pseerta diminta mencipta poster berkaitan isu semasa sekarang iaitu Free Palestin dan peserta yang menghasilkan poster tercantik memperoleh hadiah daripada petugas.
Kelas STEM (Struktur Binaan)
Tarikh | :20 Oktober 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 petang hingga 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
: 11 peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan daya kreatif peserta disamping menerapkan pengetahuan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik.
Aktiviti
Aktiviti kali ini petugas menyediakan plastisin dan lidi pengcungkil gigi dimana peserta dibahagikan ke dalam kumpulan dan diminta untuk membina struktur bangunan menggunakan bahan-bahan tersebut.
Mesyuarat Kluster Padang Terap Oktober 2023
Tarikh | :19 Oktober 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :PEDi Labi Tualak |
Peserta |
: Pengurus-pengurus PEDi Padang Terap |
Tujuan
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan aktiviti serta program yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober ini.
Aktiviti
Turut dibincangkan ialah mengenai program Klik Dengan Bijak yang akan diadakan serta mengenai KPI PEDi yang perlu dicapai.
E-Learning- Math Boy
Tarikh | :14 Oktober 2023 (Sabtu) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
E-Learning Math Boy bertujuan untuk melatih peserta untuk lebih mahir dalam subjek matematik dengan paparan pembelajaran yang lebik interaktif dan menarik.
Aktiviti
Peserta akan menjadi lebih seronok dan cekap dengan pembelajaran online yang menarik ini.
Kelas Keusahawanan Hijrah Usahawan Digital
Tarikh | :09 Oktober 2023 (Isnin) |
Masa | :9.30 pagi hingga 5.30 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: 12 Peserta |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini dianjurkan bagi mendedahkan ilmu pengetahuan buat usahawan untuk mengatur langkah dalam bidang perniagaan. Kelas ini dibimbing oleh Coach Rozaq dari Husainy Group.
Aktiviti
Antara ilmu yang dikongsi ialah berkaitan Facebook dan Instagram Masterly Ads, Whatsapp Bussiness dan Tiktok Creation. Kelas sangat yang sangat bermanfaat ini dihadiri oleh Pengurus Kluster Padang Terap dan beberapa orang usahawan.
Kelas STEM Asas Robotic (Kipas Botol)
Tarikh | :10 Oktober 2023 (Rabu) |
Masa | :2.30 petang hingga 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: 9 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk lebih kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu ciptaan serta dapat memupuk minat peserta dalam bidang sains dan teknologi.
Aktiviti
Kelas ini disertai oleh 9 orang peserta sekolah menengah dan dibimbing oleh petugas-petugas pedi kluster Padang Terap.
Kelas Perkakasan Komputer (Baiki Komputer)
Tarikh | :05 Oktober 2023 (Sabtu) |
Masa | :9.30 pagi |
Lokasi | :PEDi Felda Bukit Tembaga |
Peserta |
: 9 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi mendedahkan pengurus-pengurus PEDi dengan pembaikian komputer. Ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan seterusnya mereka boleh mengaplikasikannya jika berlaku kerosakan komputer PEDi.
Aktiviti
Kelas ini dibimbing oleh Encik Ahmad Syahir selaku Penolong Pengurus PEDi Felda Bukit Tembaga dimana beliau mengajar cara-cara penambahan memori serta pemasangan serta pembukaan sehingga selesai.
Kelas Menaip Surat Rasmi
Tarikh | :23 September 2023 (Sabtu) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:8 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk lebih mahir menggunakan papan kekunci serta fungsi-fungsi dalam perisian Microsoft Word.
Aktiviti
Peserta dikehendaki menaip surat kiriman rasmi dengan menggunakan perisian Microsoft Word dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas.
Kuiz STEM IOT
Tarikh | :22 September 2023 (Jumaat) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Kuiz STEM ini diadakan bagi menarik minat peserta untuk lebih seronok dalam mempelajari konsep pembelajaran terutamanya Sains dan Matematik.
Aktiviti
Peserta menggunakan laman sesawang engineering.com untuk menjawab kuiz STEM tersebut.
Kelas ICT (Canva)
Tarikh | :14 September 2023 (Khamis) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan kemudahan perisian atas talian iaitu Canva yang boleh diaplikasikan dalam kegunaan tugasan sekolah. Selain itu, penghasilan kerja yang lebih menarik dan kreatif melalui perisian tersebut turut di didedahkan.
Aktiviti
Peserta menggunakan aplikasi Canva dalam menghasilkan logo untuk tugasan sekolah.
Aktiviti STEM - Straw Tower
Tarikh | :08 September 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bagi mencungkil bakat dan kemahiran dalam menghasilkan struktur binaan serta semangat kerja berkumpulan yang berorientasikan kemahiran STEM.
Aktiviti
Peserta dikehendaki membina menara atau bangunan yang kukuh dan kreatif dengan menggunakan straw plastik.
Kelas Microsoft Word (Kerja Kursus)
Tarikh | :04 September 2023 (Isnin) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Peserta menggunakan kemudahan komputer dan internet dalam menyiapakan tugasan kerja kursus sekolah. Beliau menggunakan perisian Microsoft Word dengan bimbingan daripada petugas.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah menengah.
Kelas ICT - Poster My Wall (Kemerdekaan)
Tarikh | :19 Ogos 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Sempena Bulan Kemerdekaan petugas telah mengadakan satu kelas ICT mencipta poster online dimana dapat melatih peserta lebih kreatif dan inovatif dalam menggunakan kemudahan perisian yang di sediakan.
Aktiviti
Kelas ini disertai oleh 10 orang peserta sekolah rendah dan menengah.
Mesyuarat Pusat Ekonomi Digital Kluster Padang Terap
Tarikh | :17 Ogos 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :PEDi Felda Lubuk Merbau |
Peserta |
:Semua Pengurus PEDi Kluster Padang Terap |
Tujuan
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan rrogram yang bakal diadakan iaitu KDB di SK Nami turut membincangkn perjalanan program-program kluster yang akan dijalankan di masa akan datang.
Aktiviti
Antara isu yang dibincangkan ialah pengagihan tugas pengurus untuk KDB di SK Nami.
E-Learning Kahoot IT Subjek Sains
Tarikh | :10 Ogos 2023 (Khamis) |
Masa | :03.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:6 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi menarik peserta mengulangkaji pelajaran melalui kuiz atas talian yang sangat interaktif disamping ia menguji kepintaran setiap peserta.
Aktiviti
Petugas menyediakan topik subjek Sains sekolah rendah kepada mereka.
Kelas Puzzle Online Merdeka
Tarikh | :05 Ogos 2023 (Sabtu) |
Masa | :03.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:9 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk lebih mahir dan fokus untuk menggunakan mouse dan membina keyakinan untuk mencantum setiap kepingan puzzle untuk menjadikan satu gambar. Aktiviti menjadi lebih menarik kerana menggunakan kemudahan perisian atas talian.
Aktiviti
Sempena bulan Merdeka petugas menyediakan gambar bendera malaysia sebagai kepingan puzzle tersebut.
Mobile Kaunter CiMB Bank
Tarikh | :03 Ogos 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:30 Peserta |
Tujuan
Perkhidmatan kaunter CiMB ke PEDi Kg Perik bagi menawarkan perkhidmatan kepada komuniti setempat dimana ia memudahkan mereka untuk tidak pergi ke bandar untuk melakukan urusan pembukaan akaun bank CiMB. Perkhidmatan ini memudahkan dan sangat bermanfaat kepada orang awam yang mempunyai urusan berkaitan.
Aktiviti
Dihadiri oleh 2 orang wakil Pegawai Bank CiMB yang melakukan urusan perkhidmatan tersebut. Turut mendapat sambutan daripada orang ramai yang datang untuk membuka akaun simpanan bank tersebut.
E-Learning Kahoot (Sukan dan Kesihatan)
Tarikh | :20 Julai 2023 (Khamis) |
Masa | :3.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
E-Learning Kahoot dijalankan kepada peserta bagi mengulangkaji tahap kemahiran pengetahuan am berkaitan sukan dan kesihatan. Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Petugas menggunakan aplikasi Kahoot sebagai medium pembelajaran.
Kelas Asas ICT- Kemahiran Menaip
Tarikh | :13 Julai 2023 (Khamis) |
Masa | :3.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Kelas kemahiran menaip diadakan bagi melatih peserta supaya lebih mengenal papan kekunci seterusnya lebih mahir untuk menggunakannya untuk menaip perkataan serta tugasan sekolah yang diberi dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Laman sesawang Fast Typing digunakan bagi mengukur tahap kecekapan setiap peserta.
Kelas Asas ICT- Microsoft Excel (Insert Data)
Tarikh | :06 Julai 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT ini diadakan bagi melatih peserta untuk menggunakan perisian Microsoft Excel bagi memudahkan kerja-kerja kemasukan data dalam pengurusan kerja seharian.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta cara-cara kemasukan data dengan betul.
Kelas Pengucapan Awam (Soft Skill)
Tarikh | :22 Jun 2023 (Khamis) |
Masa | :3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:5 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi mencungkil bakat dan kemahiran peserta dari sekolah rendah dalam membuat pengucapan awam di dalam kelas. Selain itu, turut ditekankan ialah kemahiran komunikasi dan interaksi antara peserta dengan penonton.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah mereka diberikan tugas membuat satu pengucapan berkaitan hobi masing-masing.
Kelas ICT (Microsoft Powerpoint)
Tarikh | :17 Jun 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:5 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT ini diadakan bagi membimbing pelajar untuk menggunakan perisian komputer bai memudahkan tugas-tugas kerja sekolah selain membantu mereka untuk lebih mahir menggunakan kemudahan yang ada di PEDi.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta dikehendaki mencipta satu slide powerpoint ringkas berkaitan hobi mereka di mana mereka diajar memasukkan elemen gambar dan teks untuk menghasilkan satu slide yang lengkap.
E-Learning by Kahoot (Bahasa Melayu)
Tarikh | :16 Jun 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:8 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan silibus ulangkaji atas talian yang lebih interaktif dan tidak membosankan melalui aplikasi dalam talian iaitu Kahoot.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah peserta mengulangkaji mata pelajaran bahasa melayu melalui Pertandingan Kahoot yang dibimbing oleh petugas PEDi. Kemahiran serta kepintaran dinilai berdasarkan tahap pencapaian markah Kahoot tersebut.
Puzzle Online Klik Dengan Bijak
Tarikh | :07 Jun 2023 (Rabu) |
Masa | :3.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Permainan puzzle online ini diadakan bagi melatih peserta untuk mengawal tetikus selain melatih mereka supaya untuk lebih fokus dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah mereka menyelesaikan puzzle online Klik Dengan Bijak .
Kem Kami Anak Soleh
Tarikh | :01 Jun 2023 (Khamis) |
Masa | :9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | :PEDi Felda Lubuk Merbau |
Peserta |
:41 Peserta |
Tujuan
Kem ini diadakan berikutan cuti sekolah dimana memberi pendedahan kepada peserta tentang cara berwuduk, cara mendirikan solat serta turut diselitkan dengan pembentangan dalam kumpulan dan permainan ICT kepada peserta.
Aktiviti
Peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan dimana mereka diberikan tugas untuk pembentangan logo nama kumpulan. Selain itu, permiainan ICT yang dijalankan ialah puzzle online dan typing fast. Aktiviti akhir sekali ialah chef cilik deco cake iaitu aktiviti menghias kek.
Kelas Membina Jadual Kelas (Microsoft Word)
Tarikh | :20 May 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 petang hingga 5.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:6 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word yang banyak digunakan dalam tugasan sekolah.
Aktiviti
Antara elemen yang diajar ialah pembinaan kotak jadual, pengwarnaan mengikut subjek, dan kemasukan teks-teks dalam jadual tersebut.
Taklimat Ringkas dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak
Tarikh | :13 May 2023 (Sabtu) |
Masa | :12.00 tengahari hingga 1.00 petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Tayangan video ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan etika dan tatacara dalam mengendalikan maklumat dan kemudahan-kemudahan ICT di masa sekarang.
Aktiviti
Turut diselit dalam tayangan tersebut adalah kuiz Klik Dengan Bijak.
Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Guru (Canva)
Tarikh | :13 May 2023 (Sabtu) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:10 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi membimbing peserta menggunakan perisian atas talian yang lebih mudah dan kreatif dalam menghasilakan kad ucapan.
Aktiviti
Penghasilan kad ucapan yang cantik dan kreatif berjaya dilakukan melalui bimbingan petugas.
Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Ibu (PosterMyWall)
Tarikh | :05 May 2023 (Jumaat) |
Masa | :9.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:7 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi melatih peserta menggunakan perisian atas talian untuk menghasilkan kad ucapan dengan lebih kreatif dan pantas.
Aktiviti
Peserta diajar mengenai elemen kemasukan gambar dan pengeditan text yang sesuai.
Peperiksaan Online OUM Pelajar PJJ
Tarikh | :13 April 2023 (Khamis) |
Masa | :8.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Pengguna awam menggunakan kemudahan komputer dan internet bagi menduduki ujian atas talian pengajian mereka. Peperiksaan tersebut berlansung selama 3 jam iaitu bermuala jam 8 pagi hingga 11.00 pagi menggunakan talian OUM.
Aktiviti
Peserta dikehendaki menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Permohonan Jawatan Kosong SPA9
Tarikh | :04 April 2023 (Selasa) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 Petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Pengguna menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk mengisi jawatan kosong di laman sesawang SPA9 dengan bimbingan petugas.
Aktiviti
Peserta membuka pautan SPA9 mengisi segala maklumat-maklumat yang diperlukan.
Kelas Ulangkaji Bahasa Melayu (Kuiz Online)
Tarikh | :24 Mac 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 Petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi pelajar untuk mengulangkaji subjek Bahasa Melayu dengan lebih interaktif dan efektif dengan paparan yang menarik iaitu menggunakan laman sesawang quizizz.
Aktiviti
Peserta diberi challenge kuiz sesama mereka siapa yang beroleh hasil skor yang tinggi adalah pemenang.
Kelas Menaip 10Fast Fingers
Tarikh | :17 Mac 2023 (Jumaat) |
Masa | :3.00 Petang hingga 5.00 Petang |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:6 Peserta |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi melatih peserta untuk mahir menggunakan papan kekunci dan menggunakan 10 jari untuk menaip.
Aktiviti
Peserta diberi latihan menaip mengikut masa yang ditetapkan atas talian melalui laman sesawang 10Fast Fingers.
Kebenaran Berkahwin Online (SSPIM)
Tarikh | :09 Mac 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 11.00 pagi |
Lokasi | :PEDi FKg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer untuk mengisi kebenaran berkahwin dalam talian melalui laman sesawang SSPIM.
Aktiviti
Peserta mengisi borang atas talian tersebut dengan bimbingan petugas PEDi.
Kem Cuti Sekolah bersama PEDi Felda Lubuk Merbau
Tarikh | :02 Mac 2023 (Khamis) |
Masa | :8.00 pagi hingga 4.00 petang |
Lokasi | :PEDi Felda Lubuk Merbau |
Peserta |
:30 Peserta |
Tujuan
Kem ini dianjurkan bertujuan mengisi masa-masa terluang pelajar yang sedang cuti sekolah dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya permainan ICT, chef cilik dan mencanting batik.
Program Mesra Pelajar Jom Kenali Bahasa & Ict
Tarikh | :13 Februari 2023 (Isnin) |
Masa | :8.00 pagi hingga 10.00 pagi |
Lokasi | :Dewan Asrama SMK Padang Terap |
Peserta |
:200 Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama diantara pihak Asrama SMK Padang Terap bersama PEDi Kluster Padang Terap dan juga Perpustakaan Desa Pdg Nyior, Perpustakaan Desa Kg Barokhas dan juga Perpustakaan Desa Kg Perik. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja dimana ia memberi pendedahan mengenai taklimat ict serta aktiviti-aktiviti yang menarik kepada peserta.
Aktiviti
Perpustakaan Desa telah menjalankan aktiviti seperti kuiz Israk dan Mikraj, kuiz bahasa dan juga teka silang kata bahasa. PEDi Kluster Padang Terap pula membuat aktiviti kuiz ICT, Word Search, Taklimat Klik Dengan Bijak dan juga kuiz KDB secara spontan.
Lawatan Tabika Ke PEDi Felda Lubuk Merbau
Tarikh | :9 Februari 2023 (Khamis) |
Masa | :10.00 pagi hingga 1.00 petang |
Lokasi | :PEDi Felda Lubuk Merbau |
Peserta |
:30 Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan lawatan Tabika berdekatan ke PEDi Lubuk Merbau bagi mendedahkan pelajar dengan suasana dan kemudahan di PEDi.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan komponen-komponen komputer, permainan puzzle online di mana cara pengawalan penggunaan tetikus diajar serta tayangan Upin Ipin. urut diselitkan ialah aktiviti mewarna.
KEUSAHAWANAN "Youtube Tutorial Jahitan Cross Stitch"
Tarikh | :25 Januari 2023 (Rabu) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:1 Peserta |
Tujuan
Peserta menggunakan kemudahan komputer serta rangkaian internet untuk membuat jahitan seni beliau.
Aktiviti
Peserta merujuk channel Youtube bagi lebih memudahkan beliau faham mengenai jahitan dan penghasilan seni tersebut.
Coloring Online Sek Rendah
Tarikh | :13 Januari 2023 (Jumaat) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:4 Peserta |
Tujuan
Kelas ini melatih peserta untuk menggunakan tetikus dengan betul disamping memahirkan mereka dalam pengecaman warna.
Aktiviti
Peserta dikehendaki mewarna gambar mengikut contoh gambar berwarna yang diberi.
Kelas Menaip Teks Pendek
Tarikh | :06 Januari 2023 (Jumaat) |
Masa | :10.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
Lokasi | :PEDi Kg Perik |
Peserta |
:5 Peserta |
Tujuan
Kelas menaip teks pendek ini bertujuan untuk melatih peserta lebih mahir menggunakan keyboard dan perisian Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan sekolah.
Aktiviti
Peserta diberikan satu petikan dan diminta menyiapkan mengikut arahan petugas PEDi.