Kelas Resume Dewasa

Tarikh : 21 Disember  2020 (Isnin)
Masa : 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas resume diadakan bagi membantu peserta dalam menyiapkan resume untuk memohon kerja bagi lepasan sekolah.  

 

Aktiviti 

Peserta disarankan mengguna perisian Microsoft Word serta elemen-elemennya  bagi menghasilkan resume tersebut.

Gambar Disini

Kelas Excel Dewasa

Tarikh : 11 Disember  2020 (Jumaat)
Masa : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Petugas mendedahkan peserta dengan perisian Excel bagi tujuan pengemaskinian data produk bulanan beliau oleh kerana peserta merupakan salah seorang usahawan yang aktif dalam talian shopee.  

Aktiviti 

Kemasukkan data dalam sheet diajar serta pelbagai elemen lain turut diajar kepada peserta oleh petugas.

Gambar Disini

Kelas Shopee (Menyemak Pesanan Pembeli)

Tarikh : 11 Disember  2020 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang cara mengambil pesanan dan menguruskan urusan pengeposan barangan mereka kepada pelanggan. 

Aktiviti 

Urusan penelitian pembayaran, penerimaan dan pencetakan Air wayBills (AWB) pelanggan dilakukan bagi melancarkan urusan seterusnya. 

Gambar Disini

Kursus Online Agro to Grow (UPM)

Tarikh : 7 Disember  2020 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi Hingga 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Peserta menyertai kursus pertanian online anjuran Universiti Putra Malaysia.

Aktiviti 

Dua slot yang dikongsi dalam kursus tersebut adalah tentang pembuatan baja kompos dan tanam tanaman makanan.

Gambar Disini

Kuiz Bahasa Arab Sekolah Rendah

Tarikh : 3 Disember  2020 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang Hingga 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Pelajar menjawab kuiz bahasa Arab atas talian menggunakan laman sesawang yang diberikan oleh guru. 

Aktiviti 

Kuiz meliputi padanan perkataan dan latihan huruf jawi. 

Gambar Disini

Microsoft Excel dan Microsoft Word Sekolah Menengah 

Tarikh : 25 November 2020 (Rabu)
Masa : 10.00 PagiHingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Pelajar sekolah menengah menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kursus .

Aktiviti 

Menyiapkan tugasan yang diberi  menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel. 

Gambar Disini

Kelas Ulangkaji IPT Online

Tarikh : 9 November 2020 (Isnin)
Masa : 12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Pelajar IPT terpaksa menggunakan ulangkaji atas talian oleh faktor PKPB. 

Aktiviti 

Pelajar mengulangkaji atas talian dengan memuat turun nota-nota daripada kuliah mereka. 

Gambar Disini

Advokasi Bersama Pelajar SMA Feldaa Lubuk Merbau

Tarikh : 17 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Dewan SMA Felda Lubok Merbau
Peserta

: 100 Peserta

 

Tujuan 

 Advokasi ini memberi pendedahan dan kesedaran tentang internet dan etika menggunakannya. 

Aktiviti 

Taklimat berkaitan kebaikan internet disampaikan oleh petugas di samping kuiz kahoot juga turut dijalankan. 

Gambar Disini

Mesyuarat Kluster Pusat Internet Padang Terap

Tarikh : 15 Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Bukit Tembaga
Peserta

: 9 Staff

 

Tujuan 

Mesyuarat bulanan diadakan bagi membincangkan perihal kluster Padang Terap.  

Aktiviti 

Pengurus diminta memberikan idea dan membincangkan program-program yang bakal dan akan dilaksanakan oleh kluster. 

Gambar Disini

Kelas Latihan Geografi (Microsoft Word)

Tarikh : 11 Oktober 2020 (Ahad)
Masa : 12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  2 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi menyiapkan tugasan sekolah pelajar di samping dapat mendedahkan kepada mereka penggunaan Microsoft Word serta elemen-elemen yang tredapat di dalamnya. 

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta menggunakan perisian Microsoft Word seperti cara memasukkan gambar serta menulis text. 

Gambar Disini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Program Generasi Bagus)

Tarikh : 3  Oktober 2020 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari Hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  64 Peserta

 

Tujuan 

Taklimat ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan etika dan penggunaan internet masa kini. 

Aktiviti 

Petugas Pusat Internet memberi sedikit taklimat Klik Dengan Bijak dan seterusnya mengagihkan peserta ke dalam kumpulan untuk pembincangan mengenai kebaikan dan pengaruh internet untuk dibentangkan. Selain itu, kuiz juga turut diadakan dan pemenang diberikan hadiah oleh penganjur. 

Gambar Disini

Kelas Buku Skrap Sejarah

Tarikh : 1  Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang Hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  3 Peserta

 

Tujuan 

Bagi menyiapkan tugasan buku skrap petugas telah mengadakan kelas buku skrap dimana peserta diajar menggunakan perisian Microsoft Word dan melayari internet untuk mencari bahan sejarah. 

Aktiviti 

Peserta diajar memasukkan imej ke dalam perisian tersebut dan menaip mengikut kreativiti dan kehendak mereka.

Gambar Disini

Kelas Resume (Lepasan Sekolah)

Tarikh : 27  September 2020 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang Hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas resume diadakan bagi melatih peserta untuk menghasilkan resume sendiri dengan menggunakan perisian Microsoft Word.  

Aktiviti 

Resume  berjaya dihasilkan oleh peserta melalui bimbingan petugas. 

Gambar Disini

Kelas Movie Maker (Dewasa)

Tarikh : 24  September 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  1 Peserta

 

Tujuan 

Petugas mengajar dan mendedahkan kepada peserta tentang kegunaan Movie Maker bagi tujuan kegunaan iklan perniagaan.

Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan elemen-elemen  yang terdapat dalam Movie Maker

 Gambar Disini

Kelas Microsoft PowerPoint (Dewasa)

Tarikh : 17  September 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi memahirkan peserta dalam menyiapkan tugasan kerja kursus.

Aktiviti 

Peserta diajar cara-cara memasukkan gambar dan mengedit powerpoint menjadi lebih menarik. 

Gambar Disini

Kuliah Atas Talian (Pelajar IPTS)

Tarikh : 6 September 2020  (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  1 Peserta

 

Tujuan 

Pelajar menghadiri kuliah atas talian kerana masih dibawah Perintah Kawalan  Pergerakan Pemulihan(PKPP). 

Aktiviti 

Kuliah berlansung selama 2 jam. 

 Gambar Disini

Majlis Penyampaian Hadiah Video Kraftangan Merdeka

Tarikh : 05 September 2020  (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi Hingga 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:  Pengerusi Pusat Internet Kg Perik dan Peserta-peserta

 

Tujuan 

Majlis diadakan bagi menyampaikan hadiah dan saguhati kepada peserta-peserta yang terlibat dalam Pertandingan Video Kraftangan Merdeka tersebut. 

Aktiviti 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Pusat Internet Kg Perik, En Romli Bin Mat Zain. 

 Gambar Disini

 

Kelas Cipta Akaun Gmail (Sek Menengah)

Tarikh : 24 Ogos 2020  (Isnin)
Masa : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 3 Peserta

 

Tujuan 

Kelas cipta akaun gmail bagi sekolah menengah diadakan bagi melatih peserta untuk mencipta akaun gmail sendiri yang akan digunakan bagi tujuan peribadi atau tugasan sekolah. 

Aktiviti 

Peserta diajar dan diberi bimbingan mencipta akaun gmail masing-masing. 

Gambar Disini

Kelas PosterMyWall (Sek Rendah)

Tarikh : 22 Ogos 2020  2020 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 9 Peserta

 

Tujuan 

Kelas PosterMyWall diadakan bagi melatih peserta menggunakan perisian untuk menghasilkan poster sekaligus mencungkil bakat peserta dalam penghasilan poster.  

Aktiviti 

Peserta diberikan tugas menyiapkan sebuah poster berkaitan Pusat Internet dalam masa yang ditetapkan.

Gambar Disiini

Kelas Microsoft Excel (Kad Jemputan)

Tarikh : 16 Ogos 2020  2020 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang hingga 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas mencipta kad kahwin menggunakan Microsoft Excel diadakan bagi memudahkan peserta membuat kad jemputan menggunakan pelbagai perisian selain microsoft office.  

Aktiviti 

Peserta menyiapkan kad jemputan perkahwinan menggunakan excel.

Gambar Disini

Kelas Buku Skrap

Tarikh : 06 Ogos 2020  2020 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang hingga 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas diadakan bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat peserta dalam menyelesaikan kerja sekolah.

Aktiviti 

Peserta menyiapkan buku skrap menggunakan perisian Microsoft Word.

Gambar Disini

Kelas Microsoft Word

Tarikh : 23 Julai  2020 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang hingga 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 2 Peserta

 

Tujuan 

Kelas diadakan untuk memahirkan peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan sekolah. 

Aktiviti 

Peserta dibagi tugasan oleh petugas untuk menyiapkan artikel beserta gambar. 

Gambar Disini

Kelas Cipta Artikel Dashboard Komuniti

Tarikh : 23 Julai  2020 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 2 Peserta

 

Tujuan 

Kelas diadakan bagi melatih pengguna dalam menggunakan platform dashboard komuniti dengan betul dalam berkongsi maklumat. 

Aktiviti 

Peserta diajar mencari gambar serta menulis artikel untuk dimaukkan dalam portal dashboard komuniti.

Gambar Disini

 

Lawatan MCMC Ke Menarik Di Padang Terap

Tarikh : 17 Julai  2020 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi hingga 3.00 Petang
Lokasi : Semeliang Agro Farm, Seri Mahawangsa Houseboat Tasek Pedu
Peserta

: 20 Peserta

 

Tujuan 

Untuk melihat keindahan tempat-tempat menarik di Padang Terap serta potensi untuk dipromosikan kepada orang ramai  melalui Pusat Internet Padang Terap. 

Aktiviti 

Dua tempat menarik yang dilawati ialah Semeliang Agrofarm dan Seri Mahawangsa Houseboat Tasek Pedu. 

Gambar Disini

Kelas Shopee (Pengurus Pusat Internet)

Tarikh : 16 Julai  2020 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta

: 10 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih penolong pengurus pusat internet dalam mengendalikan aplikasi Shopee dalam perniagaan. 

Aktiviti 

Penolong Pengurus diajar cara-cara dan teknik menguruskan perniagaan melalui jualan dalam Shopee.

Gambar Disini

Kelas Shopee (Pengurus Pusat Internet)

Tarikh : 07 Julai  2020 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tanjung
Peserta

: 10 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih pengurus pusat internet dalam mengendalikan aplikasi Shopee dalam perniagaan. 

Aktiviti 

Pengurus diajar cara-cara dan teknik menguruskan perniagaan melalui jualan dalam Shopee. 

 

Gambar Disini

Kelas Microsoft Word Sekolah Menengah

Tarikh : 01 Julai  2020 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 2 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih dan mendedahkan peserta dengan penggunaan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan sekolah. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah mencipta carta aliran proses, penggunaan text berdasarkan kesesuaian, dan kadar kekereatifan peserta dalam mengeksplore fungsi-fungsi perisian tersebut. 

 

Gambar Disini

Kelas Microsoft Excel

Tarikh : 01 Jun  2020 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan memahirkan pengguna untuk menggunakan perisian Excel dalam menyiapkan tugasan kerja mereka.  

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah penerangan oleh petugas berkaitan perisian tersebut dan praktikal memindahkan maklumat dari dalam Excel ke dalam laman sesawang yang dikehendaki oleh peserta contohnya HRMIS. 

Gambar Disini

 

Kelas Kenali Perkakasan Komputer Sekolah Rendah

Tarikh : 11 Mac 2020 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 7 Peserta

 

Tujuan 

Kelas perkakasan ini diadakan bagi mengajar peserta tentang asas komponen-komponen serta alatan komputer yang digunakan oleh mereka dalam menggunakan komputer dan internet. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah penerangan oleh petugas berkaitan perkakasan komputer serta soal jawab tentang perkakasan komputer tersebut kepada peserta.

 Gambar Disini

Kelas ICT Games Crossword Puzzle Sek Ren

Tarikh : 5 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 5 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih peserta lebih cekap menggunakan permainan atas talian yang menguji minda.  

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta diberikan laman sesawang ict games oleh petugas , mereka dikehendaki untuk menyiapkan mengikut masa yang diberi. 

Gambar Disini

Temuduga Syarikat Jabil Circuit Sdn Bhd

Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 20 Peserta

 

Tujuan 

Temuduga terbuka ini diadakan oleh Syarikat Jabil dengan kerjasama Job Malaysia untuk mencari operator pengeluaran dan memenuhi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

Aktiviti 

Peserta diedarkan borang temuduga dan borang ujian matematik, dan seterusnya mereka akan ditemuduga. Bagi peserta yang berjaya temuduga mereka akan diberitahu tarikh lapor diri. 

Gambar Disini

Kursus Malaysia Travel Privilege Card 

Tarikh : 23 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang hingga 4.30 Petang
Lokasi :Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta

: 12Peserta

 

Tujuan 

Kursus ini berkaitan dengan keistimewaan kad travel privilege kepada peserta. 

Aktiviti 

Mereka diberi penerangan tentang keistimewaan mempunyai kad pelancongan tersebut dimana mereka yang membeli kad tersebut akan mendapat kelebihan diskaun bagi tempat-tempat yang terpilih. 

Gambar Disini

Bengkel Advokasi Bersama Pelajar SMK Padang Terap 

Tarikh : 19 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi :Perpustakaan Desa Kg Padang Nyior
Peserta

: 52 Peserta

 

Tujuan 

Taklimat berkaitan kesedaran gejala pergaulan bebas bersama pihak LPPKN , kesedaran penggunaan internet dengan berhemah bersama Pusat Internet Kluster Padang Terap. 

Aktiviti 

Taklimat dan kuiz dari pihak LPPKN dan Pusat Internet Kluster Padang Terap.

Gambar Disini

Kelas Sushi

Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Lokasi :Pusat Internet Kg Musa
Peserta

: 10 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta dan berkongsi resepi masakan  di samping membantu mereka menjana pendapatan dengan penghasilan sushi tersebut. 

Aktiviti 

Juru masak menunjukkan cara-cara menghasilkan sushi dan amali dilakukan bersama-sama peserta. 

Gambar Disini

Mesyuarat Kluster Pusat Internet Padang Terap

Tarikh : 6 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Lokasi :Pusat Internet Pekan Naka
Peserta

: 7 Peserta

 

Tujuan 

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan Pusat Internet dan program-program yang bakal dijalankan pada bulan tersebut. 

Aktiviti 

Pelbagai isu dibincangkan dan cadangan-cadangan mengenai program pada bulan tersebut disuarakan. 

Gambar Disini

Kelas ''Game To Learn English''

Tarikh : 31 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Lokasi :Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 6 peserta

 

Tujuan 

Kelas Game to Learn English merupakan satu kelas untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam membaca dan memahami dalam Bahasa Inggeris. Permainan ini sangat interaktif dan mudah difahami oleh peserta. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mereka menjawab kuiz dalam Bahasa Inggeris. 

 

Gambar Disini

Penerangan berkaitan Dashboard Komuniti serta Tontonan Video KDB

Tarikh : 23 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 peserta

 

Tujuan 

Penerangan ringkas kepada pelajar sekolah menengah berkaitan dashboard komuniti serta tontonan video Klik Dengan Bijak bagi memupuk nilai-nilai dan etika yang baik dalam menggunakan kemudahan ICT dan internet.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan ringkas Dashboard Komuniti dan trayangan video Klik Dengan Bijak. 

Gambar Disini

 

Bengkel Resume Bersama Kem Madrasah Hayah Ikram (Batang Kali)

Tarikh : 13 Januari 2020 (Isnin)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 13 peserta

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan bagi mendedahkan tips-tips yang diperlukan dalam menghasilkan resume kepada peserta.  

Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan ialah mencipta resume masing-masing menggunakan perisian word dan Adobe Photoshop.

 

 Gambar Disini

Taklimat Klik Dengan Bijak Bersama Giatmara

Tarikh : 7 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Lokasi :Dewan Giatmara Kuala Nerang
Peserta

: 30 peserta

 

Tujuan 

Taklimat Klik Dengan Bijak ini diadakan bagi mendedahkan pelajar Giatmara dengan penyalahgunaan internet di samping memberi kesedaran tentang etika yang betul dalam menggunakan internet. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat beserta kuiz KDB. 

Gambar Disini