Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan PI Belukar Luas

Tarikh : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Belukar Luas
Peserta

: 80 peserta

 

Tujuan 

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Belukar Luas bagi mendedahkan komuniti dengan kemudahan ICT dan kesedaran tentang kesihatan. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat kesihatan, pameran agensi, kelas ICT, sukaneka dan lain-lain lagi. 

 

Gambar Disini

Program Saringan TIBI dan HIV di Lokaliti Berisiko

Tarikh : 18 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Lokasi : Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak
Peserta

: 50 peserta

 

Tujuan 

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Komuniti Felcra Belimbing Tualak. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat Klik Dengan Bijak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, sukaneka, dan banyak lagi. 

 

Gambar Disini

Typing Games Zone

Tarikh : 9 Disember 2019 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih peserta menggunakan keyboard dengan pantas mengikut barahan permainan yang ditetapkan. 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan ialah menyelesaikan permainan yang dipilih. 

Gambar Disini

Kelas English (Quizizz)

Tarikh : 5 Disember 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi menarik minat peserta mempelajari bahasa Inggeris melalui permainan kuiz online. 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan ialah menjawab kuiz bahasa Inggeris . 

Gambar Disini

Program Keusahawanan Masakan Air Kacang Soya dan Jeli Kelapa

Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta

: 10 peserta

 

Tujuan 

Program  ini diadakan bagi usahawan-usahawan atau orang ramai yang berminat untuk mempelajari cara-cara untuk membuat jeli kelapa dan air soya. Pelbagai tips diberi dan dikongsi oleh pengajar. 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan ialah demo cara-cara pembuatan jeli kelapa dan air soya. 

 

Gambar Disini

Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan PI Kg Perik

Tarikh : 16 November 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 1.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 88 peserta

 

Tujuan 

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang kemudahan di Pusat Internet kepada komuniti serta membina komuniti yang sihat  berdasarkan tema program iaitu lestari ict dan kesihatan. 

Aktiviti 

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan dan mata, taklimat klik dengan bijak, demo masakan sihat, pameran produk usahawan, zumba, pertandingan ICT dan lain-lain lagi. 

 

 Gambar Disini

Bengkel MyPosterMyWalls- Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan PI Kg Perik

Tarikh : 15 November 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 4 peserta

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan sempena program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan PI Kg Perik yang akan diadakan pada 16 November 2019 bagi mendedahkan penggunaan perisian ini serta mencungkil bakat-bakat peserta dalam menghasilkan poster yang kreatif. 

Aktiviti 

Penerangan berkaitan PosterMyWalls oleh Pengurus Pusat Internet serta tugasan membuat poster yang kreatif kepada peserta.

 Gambar Disini

Kelas Latihan Quizizz (Matematik)

Tarikh : 6 November 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 peserta

 

Tujuan 

Kelas puzzle  ini diadakan  bagi melahirkan komuniti yang celik ICT dimana bijak dalam menggunakan kemudahan atas talian untuk bermain dan belajar. 

Aktiviti 

Mencantum cebisan puzzle dengan pantas dan dikira berdasarkan masa yang ditetapkan oleh petugas. 

Gambar Disini

 

Kelas Latihan Quizizz (Matematik)

Tarikh : 1 November 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 6 peserta

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk peserta sekolah rendah bagi mengulangkaji subjek matematik menggunakan laman sesawang pendidikan Quizizz. 

Aktiviti 

Menjawab soalan matematik atas talian. 

Gambar Disini

Advokasi Klik Dengan Bijak SK Seri Bakti 

Tarikh : 14 Oktober 2019  (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Lokasi : Dewan SK Seri Bakti
Peserta

: 120 Orang peserta

 

Tujuan 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai etika penggunaan internet disamping memberi pengetahuan mengenai pengawasan anak-anak di sekolah. 

Aktiviti 

Taklimat beserta kuiz. 

Gambar Disini

 

Kelas Interaktif Sifir Online

Tarikh : 10 Oktober 2019 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 5 Orang peserta

 

Tujuan 

Kelas sifir online menggunakan laman sesawang sifirdarab.com yang sangat menarik  bagi menguji minda peserta dengan subjek matematik. Kecekapan dalam mengira sifir diuji berdasarkan masa yang ditetapkan. 

Aktiviti 

Mereka bermain sifir online seperti yang diarahkan oleh petugas. 

 Gambar Disini

Hari Bersama Komuniti PI Kg Perik 2019

Tarikh : 28 September 2019 (Sabtu)
Masa : 08.30 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: Komuniti Setempat, Agensi dan lain-lain lagi

 

Tujuan 

 Hari Bersama Komuniti diadakan sekali dalam setiap tahun bagi mengeratkan komuniti setempat dengan petugas disamping objektif utamanya untuk menghebahkan dan menggalakkan komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan Pusat Internet. 

Aktiviti 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya kelas ICT, bengkel usahawan dan sukaneka rakyat.

Gambar Disini

Meeting Akhir Hari Bersama Komuniti AJK 

Tarikh : 21 September 2019 (Sabtu)
Masa : 02.30 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 AJK

 

Tujuan 

 Mesyuarat akhir bersama AJK sempena Hari Bersama yang bakal tiba. 

Aktiviti 

Antara agenda-agenda yang dibincangkan ialah mengenai persiapan kelengkapan dan gotong - royong sebelum hari bersama.

Gambar Disini

Program Santuni Asnaf 

Tarikh : 16 September 2019 (Isnin)
Masa : 08.30 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Perkarangan Kediaman Penghulu Mukim Padang Terap Kiri
Peserta

: 50 peserta

 

Tujuan 

 Program santuni asnaf ini merupakan satu program advokasi hasil  kerjasama Pusat Internet dengan Pejabat Penghulu Mukim serta Perpustakaan Desa disamping merapatkan silaturahim dengan komuniti setempat. 

Aktiviti 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah taklimat KDB, MYTV, sukaneka dan lain-lain lagi. 

Gambar Disini

Program Asyura CSR untuk Anak-anak Yatim

Tarikh : 10 September 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Perkarangan Taman Saujana, Kuala Nerang
Peserta

:  peserta

 

Tujuan 

Program yang dianjurkan sempena bulan Muharram bersama-sama komuniti setempat. 

Aktiviti 

Program kacau bubur Asyura serta pengedaran bubur  kepada anak-anak yatim Kuala Nerang. 

Gambar Disini

 

Merdeka@Komuniti Bersama Pejabat Penerangan Padang Terap

Tarikh : 6 September 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Lokasi : Dewan Orang Ramai Kg Pokok Machang
Peserta

: 50 peserta

 

Tujuan 

Ia merupakan satu program kemerdekaan  kerjasama antara Pusat Internet Kluster Padang Terap dengan Pejabat Penerangan Padang Terap untuk komuniti Kg Pokok Machang.

Aktiviti 

Pelbagai aktiviti dan acara dijalankan antaranya sukaneka kanak-kanak dan dewasa seperti pancing dalam botol, musang berjanggut, mewarna, teka silang kata Klik Dengan Bijak dan lain-lain lagi. 

 Gambar Disini

Puzzle Merdeka Online

Tarikh : 5 September 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 peserta

 

Tujuan 

Permainan online Jigsaw Puzzle diadakan bagi menguji minda dalam mencari idea untuk mencantum gambar. 

Aktiviti 

Tema jigsaw puzzle yang dipilih adalah merdeka. Peserta diminta untuk mencantum kepingan puzzle online tersebut menjadi gambar yang lengkap. 

Gambar Disini

Kelas Online Quizizz

Tarikh : 4 September 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 peserta

 

Tujuan 

Kelas Online Quizizz yang berbentuk pendidikan diadakan kepada pelajar sekolah rendah dimana pelbagai subjek dipaparkan dan turut membantu mereka dalam pelajaran secara interaktif. 

Aktiviti 

Peserta diberikan pilihan untuk menjawab subjek-subjek yang diminati oleh mereka.  

Gambar Disini

Sambutan Hari Kemerdekaan 

Tarikh : 29 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Perpustakaan Desa Felda Bukit Tembaga
Peserta

: 50 peserta

 

Tujuan 

Program ini diadakan oleh Perpustakaan Desa Felda Bukit Tembaga bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba.

Aktiviti 

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah pemeriksaan kesihatan percuma (MyHealth), pertandingan mewarna, pakaian merdeka kreatif, sukaneka dan lain-lain lagi. 

Gambar Disini

Kelas Kenal Warna dan Erti Jalur Gemilang

Tarikh : 23 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 6 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang warna dan erti  Jalur Gemilang dan kepentingannya sebagai rakyat Malaysia.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang terkandung dalam kelas tersebut ialah menyenaraikan warna-warna dalam setiap Jalur Gemilang menggunakan Microsoft Word. 

 

Gambar Disini

Kelas Essay English

Tarikh : 16 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memahirkan peserta dalam mengarang karangan dalam Bahasa Inggeris disamping melatih mereka menggunakan perisian Microsoft Word.   

Aktiviti 

Antara aktiviti yang terkandung dalam kelas tersebut ialah penggunaan ayat yang betul dan kaedah menukar perkataan Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. 

 

Gambar Disini

Kelas Online Marketing (FB Page & My Shop)

Tarikh : 8 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 2 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta dalam mempromosikan produk-produk mereka melalui platform Facebook dan MyShop.  

Aktiviti 

Antara pengisian kelas tersebut ialah cara memasukkan gambar ke dalam My Shop, membuat posting produk di dalam Facebook dan lain-lain lagi

 

.Gambar Disini

Kelas ICT Keusahawanan Microsoft Word

Tarikh : 1 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 2 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan perisian Microsoft Word yang boleh mereka aplikasikan dalam kegunaan harian atau pekerjaan mereka. 

Aktiviti 

Antara pengisian kelas tersebut ialah cara memasukkan gambar Ke Microsoft Word, dan Asas-Asas Microsoft Word Seperti Jenis Tulisan, Saiz Tulisan, Bold, Italic, Underline dan sebagainya.

 Gambar Disini

Kelas Translate Petikan Guna Google Translate

Tarikh : 26 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan laman sesawang Google Translate dalam menukarkan bahasa sebagai contoh menukarkan petikan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 

Aktiviti 

Peserta diberikan petikan Bahasa Inggeris dan diberikan arahan untuk menukarkan ke Bahasa Melayu. 

Gambar Disini

 

Bengkel Asas Suntingan Video

Tarikh : 25Julai 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Felda Lubuk Merbau
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan bagi melatih dan mendedahkan peserta dengan perisian untuk membuat suntingan video dimana boleh digunakan oleh mereka dalam menyiapkan tugasan sekolah atau kepada peserta yang ingin mempromosikan perniagaan mereka. 

Aktiviti 

Peserta diajar menggunakan perisian suntingan video Movavi oleh tenaga pengajar, pelbagai teknik suntingan dan pengeditan di ajar. 

 

Gambar Disini

Bengkel E-Usahawan

Tarikh : 19 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Belukar Luas
Peserta

: 30 Orang

 

Tujuan 

Bengkel ini merupakan satu bengkel dimana kerjasama bersama MDEC yang menjalankan kursus usahawan secara digital. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik pemasaran atas talian yang betul dan berkesan. Program ini amat memberi feadah kepada usahawan dalam mepromosikan produk jualan mereka dengan keadah -kaedah pemasaran terkini seperti melalui pages facebook, instagram, dan sebagainya.  

Aktiviti 

1. Facebook Ads

2. Teknik Copy writing

Gambar Disini

Kelas Cipta Logo (Microsoft Word)

Tarikh :  6 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta serta melatih mereka menggunakan Microsoft Word untuk mencipta logo kelab. Ini kerana kemahiran ini boleh digunakan pada masa akan datang bagi menyiapkan kerja sekolah atau sebagainya. 

Aktiviti 

Peserta menggunakan pelayar Google untuk melihat contoh-contoh logo dan seterusnya menggunakan Microsoft Word untuk mencipta logo tersebut. 

Gambar Disini

Program Tautan Mesra Aidilfitri

Tarikh : 1 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Orang Ramai Keda Kg Belukar
Peserta

: 50 Orang

 

Tujuan 

Taklimat ini bertujuan memberi pengetahuan berkenaan etika penggunaan internet dan juga taklimat berkenaan MyTV iaitu siaran televisyen yang bakal berubah. 

Aktiviti 

Komuniti didedahkan mengenai penggunaan rekoder mytv untuk televisyen. Kini, siaran televisyen tengah membuat perubahan dengan menukar kesemua siaran daripada sistem analog kepada digital yang lebih efektif. Di samping itu, taklimat KDB dan kuiz berkenaan penyalahgunaan internet turut diadakan. . 

 Gambar Disini

Taklimat Check Your Label

Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 6 Orang

 

Tujuan 

Tujuan taklimat check your label adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dimana mereka boleh memeriksa butiran dan perakuan kesahihan label MCMC peralatan teknologi canggih mereka melalui aplikasi mudah alih yang boleh di muat turun melalui 'Google Play Store'. 

Aktiviti 

1. Tayangan Video Check Your Label

2. Sedikit taklimat mengenai aplikasi tersebut

Gambar Disini

 

Taklimat dan Kuiz Mobile E-Waste

Tarikh : 21 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Tujuan taklimat dan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan pengguna tentang kepentingan Mobile E-waste serta menambah ilmu baru kepada mereka berkenaan Mobile E-Waste.

Aktiviti 

1. Pertunjukkan video Mobile E waste serta sedikit taklimat daripada petugas.

2. Kuiz Mobile E-Waste

Gambar Disini

Latihan Menaip Surat Rasmi

Tarikh : 14 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 1 Orang

 

Tujuan 

Kelas latihan ini diadakan bagi memahirkan peserta dalam emnyiapkan surat rasmi serta melatih mereka untuk menggunakan perisian Microsft Word dengan baik. 

Aktiviti 

1. Membuat satu surat kiriman rasmi seperti yang diarahkan oleh petugas.

Gambar Disini

DIY Kad Raya & Kelas Kad Raya Digital (PosterMyWall)

Tarikh : 31 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Sempena syawal yang bakal tiba, petugas telah mengadakan aktiviti membuat kad raya dan kelas online cipta kad raya menggunakan perisian PosterMyWall. Ini bertujuan untuk melatih peserta dan membiasakan mereka dengan perisian atas talian. 

Aktiviti 

1. Membuat kad raya menggunakan kertas warna

2. Membuat kad raya menggunakan perisian atas talian (PosterMyWall)

 

Gambar Disini

Kelas Ulangkaji (Sains)

Tarikh : 23 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk pelajar-pelajar mengulangkaji topik-topik dalam mata pelajaran Sains  yang telah dipelajari disekolah dengan menggunakan  aplikasi online Kahoot IT.

Aktiviti 

Pelajar menjawab soalan-soalan Sains yang telah dipaparkan oleh petugas melalui Kahoot IT.  

Gambar Disini 

 

Taklimat Mengenali Dashboard Komuniti

Tarikh : 17 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Menerangkan kegunaan dan fungsi-fungsi modul-modul dalam dashboard komuniti antaranya MyKomuniti, MyHealth, MySkool, dan MyShop. 

Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuat hebahan dalam MyKomuniti tentang hari guru, contohnya mereka memuatnaik gambar yang dihasilkan dalam kelas PosterMyWall. 

Gambar Disini

Kelas Create Creative Card (PosterMyWall)

Tarikh : 17 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Melatih peserta menggunakan perisian online dalam menghasilkan kad sempena "Hari Guru". 

Aktiviti 

Kelas ini mengajar peserta dalam menghasilkan kad hari guru yang kreatif dan menarik menggunakan PosterMyWall. Ia merangkumi dimana peserta diajar untuk mengubah jenis-jenis font, saiz, dan warna, memuatnaik clipart dalam kad tersebut dan lain-lain lagi. 

 

Gambar Disini

Site Acceptance Test (SAT) SKMM Fasa CBL Enhancement

Tarikh : 07 Mei 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: Pegawai SKMM Alor Setar, Telekom Malaysia (TM), MSD Northern Region dan   Kontraktor Gemilang

 

Tujuan 

Menjalankan penilaian untuk penyambungan kontrak operasi Pusat Internet Fasa 5.

Aktiviti 

Pegawai SKMM cawangan Alor Setar, Encik Mohd Aizad membuat semakan ke atas peralatan dan perkhidmatan di Pusat Internet kampung Belukar Luas. Turut hadir adalah pegawai Telekom Malaysia GSS, Encik Zulkarnain, pegawai Telekom Malaysia SNS, Tuan Shaharom, wakil dari Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Razali, Encik Rozaifudin dan wakil dari Kontraktor Gemilang, Encik Darry Sooh dan Encik Danny Indra.

Gambar Disini

Kuiz Kahoot Bahasa Melayu

Tarikh : 03 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 7

 

Tujuan 

Aktiviti ini mendedahkan kepada peserta tentang kemahiran menjawab kuiz secara online disamping menambah ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu maklumat baru. 

Aktiviti 

Petugas membuka satu permainan kuiz bahasa melayu kepada peserta, juara ditentukan bagi peserta yang banyak menjawab dengan betul dan pantas.

 Gambar Disini 

Kelas Microsoft Powerpoint  Sekolah Rendah

Tarikh : 26 April 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 5

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi melatih pelajar sekolah rendah dalam menggunakan perisian Powerpoint untuk kegunaan mereka dalam menyiapkan tugasan sekolah pada masa akan datang. 

Aktiviti 

Menghasilkan satu Powerpoint yang bertajuk idola saya seperti yang telah diarahkan oleh petugas. 

Gambar Disini

KDB Bersama Program Jom Sihat Tanpa Dadah

Tarikh : 20 April 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan Padang Bola Kg Tanjung Piring, Nami
Peserta

:50  Peserta

 

Tujuan 

Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet Padang Terap bersama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kg Tanjung Piring. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara berhemah dan turut mendedahkan keburukan dan salah laku jenayah internet. 

Aktiviti 

Taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz serta penyampaian hadiah.

Gambar Disini

Kelas Microsoft Word (Bina Jadual Harian)

Tarikh : 16 April 2019 (Selasa)
Masa :3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:8  Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini mengajar murid sekolah rendah dalam mengendalikan perisian Microsoft Word dalam menghasilkan jadual harian mereka dan petugas  turut melatih mereka dalam menggunakan perisian tersebut. 

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada mereka untuk membina jadual harian seperti yang dipaparkan di skrin utama kelas. 

Gambar Disini

Bengkel Editing Video

Tarikh : 09 April 2019 (Selasa)
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Musa
Peserta

:10  Peserta

 

Tujuan 

Bengkel ini mengajar dan mendedahkan kepada peserta dalam menghasilkan video menggunakan perisian Movavi. 

Aktiviti

Pengajar memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian tersebut, teknik-teknik untuk menghasilkan video yang kreatif dan menarik.

Gambar Disini

 

Kelas Train Your Mind Menggunakan Aplikasi Online

Tarikh : 05 April 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

:8  Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini mengajar dan mendedahkan aplikasi permainan online di mana ia menguji minda pengguna antara contoh ialah permainan mencari objek tersembunyi, teka silang kata dan sebagainya.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jigsaw puzzle, hidden object games dan lain-lain lagi

Gambar Disini

 

Taklimat KDB Bersama KRT Kg Tanjung Piring, Nami

Tarikh : 27 March 2019 (Rabu)
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dewan Kg Tanjung Piring, Nami
Peserta

:86 Peserta

 

Tujuan 

Taklimat ini disampaikan untuk mendedahkan kepada komuniti setempat tentang etika dan salah laku jenayah siber turut diselitkan tentang kepentingan penggunaan internet dengan betul.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat KDB, dashboard komuniti, My Health dan kuiz . 

Gambar Disini

Program Raikan Kasih Bersama Anak Yatim Kuala Nerang

Tarikh : 24 March 2019 (Ahad)
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Lokasi : Perkarangan Taman Saujana
Peserta

: Anak - Anak yatim Kuala Nerang

 

Tujuan 

Program ini merupakan salah satu program advokasi Pusat Internet bersama dengan warga anak-anak yatim Kuala Nerang disamping mengeratkan jalinan kasih sesama anak-anak yatim tersebut.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka kanak-kanak, kuiz dan penyampaian hadiah.

Gambar Disini

 

Kelas Microsoft Word Sekolah Rendah

Tarikh : 22 March 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 Peserta

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk untuk mengajar dan mendedahkan mereka tentang penggunaan dan cara-cara dalam mengguna perisian Microsoft Word. Disamping itu, kelas ini turut membantu mereka dalam menyiapkan kerja sekolah berkaitan kerja kursus di sekolah yang memerlukan mereka menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti

Kelas menaip dan mengedit satu teks mengikut kreativiti masing-masing setelah diajar oleh petugas.

Gambar Disini

Kursus Pengucapan Awam -Pengurus Kluster Padang Terap

Tarikh : 14 March 2019 (Khamis)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi : Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap
Peserta

: Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap.

 

Tujuan 

Kursus pengucapan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan membekalkan para peserta kemahiran menggunakan teknik seni bicara, teknik stand, teknik ketrampilan dan posture tubuh, teknik melantun vokal yang mantap dan berpengaruh dan teknik copywriting dalam konten pengucapan. 

Aktiviti

Taklimat berkenaan modul asas Kursus dan seterusnya peserta diberikan topik dan dikehendaki membuat pembentangan berdasarkan topik yang diberikan. 

Gambar Disini

Advokasi Klik Dengan Bijak- Giatmara Kuala Nerang

Tarikh : 7 March 2019 (Khamis)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi : Giatmara Kuala Nerang
Peserta

:40 orang pelajar

 

Tujuan 

Taklimat ini fiadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai salah laku dan jenayah siber disamping memberikan tips-tips keselamatan dalam menggunakan internet.

Aktiviti

Antara aktiviti yang berlansung ialah taklimat dan kuiz klik dengan bijak

Gambar Disini

 

Sesi Temuramah Bersama RTM Bersama Usahawan Pusat Internet Padang Terap

Tarikh : 4 March 2019 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg perik
Peserta

: Crew RTM, Usahawan Padang Terap, PI Kluster Padang Terap

Tujuan 

Tujuan kedatangan RTM adalah untuk mengadakan penggambaran dan temubual bersama usahawan Pusat Internet Padang Terap berkenaan kejayaan mereka.

Aktiviti

Antara aktiviti yang berlansung ialah sesi temubual bersama usahawan-usahawan Pusat Internet Padang Terap, dan sesi fotografi produk keluaran mereka antaranya jus labu, kerepek labu, dan sambal garing labu. 

Gambar Disini

Kelas Homework Sejarah

Tarikh : 2 March 2019 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg perik
Peserta

:1

Tujuan 

Kelas ini dimana petugas membantu pelajar dalam mendapatkan maklumat disamping memberi pendedahan tentang kegunaan komputer kepada mereka dalam menyiapakan kerja sekolah.

Aktiviti

Peserta mengikut arahan petugas dalam menyiapkan kerja sekolah menggunakan Microsoft Word.

 Gambar Disini

Bijak Matematik Online (Math Playground)

Tarikh : 28 Februari 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg perik
Peserta

:8

Tujuan 

Kelas ini memberi pendedahan tentang cara mudah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui permainan di atas talian yang menguji minda seterusnya melatih mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif. 

Aktiviti

Peserta membuka pautan Math Playground untuk mempelajari matematik online. 

 

Gambar Disini

Kelas Latihan Powerpoint

Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg perik
Peserta

:1

Tujuan 

Kelas ini diadakan bagi memahirkan pelajar sekolah rendah bagi kegunaan mereka dalam menyiapkan kerja sekolah pada masa akan datang. 

Aktiviti

Memberi tunjuk ajar asaa dalam menggunakan Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

Program G-KOM "Budaya Bersih Ke Arah Kecemerlangan"

Tarikh : 16 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Perik
Peserta

:60  Peserta

Tujuan 

Program anjuran KRT Kg Perik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Perik.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz, pameran, dan pendaftaran ahli.

Gambar Disini

Taklimat Klik Dengan Bijak SK Nami

Tarikh : 13 Februari 2019 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Nami
Peserta

:200  Peserta

Tujuan 

Taklimat ini disampaikan bagi tujuan pendedahan berkaitan perkhidmatan internet disamping memberi maklumat tentang salah laku penggunaan internet dan tips-tips keselamatan dalam menggunakannya.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat dari PI Kluster padang terap, Quiz, dan penyampaian hadiah

Gambar Disini

 

Pertandingan Kira Jumlah Perkataan KDB

Tarikh : 1 Februari 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Perik
Peserta

: 8 Peserta

Tujuan 

Pertandingan ini bertujuan untuk melihat tahap kefokusan peserta dalam mengira perkataan-perkataan yang berselerak dan banyak dalam tekaan jumlah yang tepat atau hampir sama.

Aktiviti

Aktiviti mengira jumlah perkataan KDB

Gambar Disini

 

Taklimat Klik Dengan Bijak Taska Kg Lebai Saman

Tarikh : 31 Januari 2019 (Jumaat)
Masa : 11.30 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Taska Permata Kg Lebai Saman
Peserta

: Ibu bapa dan Kanak-kanak Taska Permata

Tujuan 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan tentang bahaya nya salah laku internet dan tips-tips dalam penggunaan internet yang betul kepada ibu-bapa dan kanak-kanak taska tersebut.

Aktiviti

Taklimat ringkas isu jenayah Internet dan Panduan Keselamatan Penggunaan Internet, aktiviti bersama kanak-kanak taska dan kuiz. 

Gambar Disini

Kursus TTT Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap

Tarikh : 26 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tanjung
Peserta

: 9 Penolong Pengurus Pusat Internet Padang Terap

Tujuan 

Kursus ini memberi pendedahan disamping penekanan mengenai isu semasa berkaitan jenayah siber dan perlu disebarkan kepada pengguna sebagai program advokasi .

Aktiviti

Taklimat isu jenayah Internet dan Panduan Keselamatan Penggunaan Internet.

Gambar Disini

Kursus TTT Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap

Tarikh : 25 Januari 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Belimbing Kanan
Peserta

: 9 Pengurus Pusat Internet Padang Terap

Tujuan 

Kursus ini memberi pendedahan disamping penekanan mengenai isu semasa berkaitan jenayah siber dan perlu disebarkan kepada pengguna sebagai program advokasi .

Aktiviti

Taklimat isu jenayah Internet dan Panduan Keselamatan Penggunaan Internet.

 

Gambar Disini

 

Taklimat Klik Dengan Bijak

Tarikh : 19 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : KRT Tanjung Piring, Jungle Resort, Nami
Peserta

: 20 peserta

Tujuan 

Taklimat Klik Dengan Bijak ini disampaikan bagi mendedahkan kepada peserta mengenai etika dalam menggunakan internet dengan bijak dan penyalahgunaan internet pada masa sekarang.

Aktiviti

Pelbagai tips-tips keselamatan diberikan kepada peserta untuk mengelakkan daripada berlakunya jenayah dan salah laku siber.

 

Gambar Disini